Jumaat, 28 Oktober 2011

arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
korang ingat lagi tak kisah aku dengan kawan aku dalam blog aku nie ? ingat lagi tak ? kalau korang ingat aku ada benda nak cite sikit.. 

apa ke bongak sangat aku yang tiba-tiba saja terbuka blog dia..
tak pasal-pasal aku ada rasa semacam je.. semacam macam mana tu? cuba kongsi sikit.. hehehe..
aku rasa semacam sebab dia sekarang sudah makin cantik sekarang . aku tak jeles tapi bersyukur kerana dia sudah maju dalam dirinya itu.. malahan aku berdoa agar dia sentiasa gembira.. 
bila aku baca blog dia aku tak rasa apa-apa pun.. mungkin korang terkejutkan kenapa aku kata macam tu.. aku faham tapi aku bukanlah seorang yang hati batu dan keras.. tapi itulah hakikat yang aku rasa.. aku tak marah kalau korang nak kata apa kat aku.. itu hak korang nak kata apa.. macam2 yang dia cite kat blog dia.. blog dia pun cantik juga.. kalah blog aku yang agak usang nie.. hehehe.. gurau jap :P

setakat ini aje cite yang aku nak kongsi kat korang..
aku doakan agar dia dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang sihat dan berjaya mengecapi kejayaan yang diinginya itu..



kenapa akak suka dia ?

Assalamualaikum..
 aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..


entri aku kali nie agak merepek sedikit.. :) 
nie semua gara-gara adik aku tanya soalan yang sukar untuk aku jawab..  huhu..
ada ke patut adik aku soal akan jodoh aku ? patut ke ?
aku sendiri pun tak terfikir lagi.. siap di tanya lagi kenapa aku suka dengan jejaka S itu.. hoho..
agak berbisa soalan itu.. ngak perlu diberitahu di sini.. agak privasi sedikit.. hehehe..
soalan yang adik aku tanya aku semuanya payah untuk dijawab.. mungkin agaknya dia suka akan cara aku kendalikan perasaan yang bermain dihati aku itu.. haha... merepak sungguh aku nie.. hihi 


cara adik aku tanya ada rupa macam inspektor! sungguh aku tak percaya yang adik aku berbakat dalam bidang itu.. hehehe.. jangan percaya ea, hanya gurauan semata-mata.. padahal adik aku minat gila dengan bidang pastri & bakery.. kihkih


apa yang boleh aku jawab akan soalan berbisa adik aku itu kerana jejaka S itu seorang lelaki yang bertanggungjawab.. yup! dia seorang anak yang betul-betul bertanggungjawab hinggakan aku tabik akan keperibadian dirinya itu. hihi.. itu sahaja jawapan yang mampu aku berikan untuk adik aku serta aku ceritakan sedikit di sini kenapa aku suka dia. hehehe..


peace no war..



agak-agaknya jejaka S tu ada rupa macam dalam gambar nie tak?
hehehehehe..
ce teka..ce teka..
perasan jep lebih.. 
=)

Sabtu, 15 Oktober 2011

andai kata masa itu boleh berulang kembali..

Assalamualaikum..

kalaulah masa itu boleh berulang kembali kan bagus.. tak gitu? huhu..
masa dan saat yang berlalu itu kadang-kadang bagai angin yang berlalu sepi.. 
yup, masa dan saat yang berlalu sepi itu yang selalu mengingatkan aku kepada kenangan-kenangan yang pernah aku cipta dan tercipta untukku itu.. agak berat untuk melupakan sesebuah kenangan yang pernah menyegah dalam sisa hidup ini.. kadang kalanya bila secara tidak sengaja teringat akan kenangan yang lalu membuatkan aku tersenyum dan menangis.. agaknya inilah sandiwara hidup yang perlu aku lalui.. semoga Allah teguhkan keimanan aku agar aku lebih kuat untuk lalui semuanya.. Amin



Sabtu, 8 Oktober 2011

Jamuan akhir tahun MPP di PTP gelang patah.. kelas kau jahhhhhh!!!! :)


nie aweks-aweks cun..
hehehe
watie, shikin dan fara..
kelas kau jahhhh!!!!!
hahahahah..
i like.. 
:B



nie fara dan mayou..
nice kan ?
hehe



posing sakan ooooooo..
hahahhaa
pantang jumpa kamera kami berdua nie..
kahkahkah
:D



sape ar awek sorang nie..
sape kenal..
tolong beritahu saya tau !
hehehe :P


dekat bustop pun nak ambil gambar jugak..
hihihi..
yang pakai tudung putih ue budak junior aku..
dia nie peramah orangnya..
seronok aje bila berborak dengannya..
layan kepala jugak budak nie.. 
hahaha..

  seronok betul jamuan akhir tahun kat PTP gelang patah.. memang syokkkkkkk gitu.. hahaha
  makanannya pun kelas kau nyahhhhh... apa tak nya jamuan kali nie agak berbeza sedikit.. so tahun nie jamuan kiteorang makan seafood.. makanannya memang cukup2 menyelerekan.. alhamdulillah jamuan kali nie agak meriah daripada tahun lepas yang buat kat hotel yang agak membosankan juga.. huhu..





Sabtu, 1 Oktober 2011

selamat datang oktober !!

Assalamualaikum..
selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda..


Syukur aku kepada Allah s.w.t kerana tidak putus-putus memberi ujian kepada diri aku ini.. walaupun keperitan dan kesedihan menjengah ke dalam hati aku tetapi setakat nie aku kuat untuk menghadapi ujian itu. Terima kasih Ya Allah kerana menguji diriku nie.


kini berakhir sudah bulan september. bulan yang melihatkan akan kesusahan diriku dalam menghadapi peperiksaan percubaan stpm dan kesedihanku akan sesebuah perkara yang mencengkam jauh di sudut hatiku. Alhamdulillah, aku kini masih kuat untuk menerima segala-galanya yang telah tertulis untukku itu.. 


bulan september telah mengajar aku erti kepayahan. yup! kepayahan yang membuatkan aku untuk terus berusaha keras untuk mengapai matlamat aku. matlamat yang bakal mengubah hidupku. InsyaAllah. =) 
aku berharap kedatangan bulan oktober nie mampu memberi nafas dan sinar baru untuk aku bangkit mengenggam impianku. semoga Allah permudahkann segalan urusanku itu. amin