Jumaat, 23 Januari 2015

Fasa baharu

Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, kerana akhirnya dapat jugak mencoretkan sedikit cerita di dalam blog aku yang dah berhapuk tanpa cerita terkini dari aku.. huu.. rindu tau sebenarnya aku untuk membebel dekat sini.. syukurlah diberi peluang olehNya untuk berkongsi cerita di dalam ini..

Selamat tahun baru 2015 walaupun dah nak ke penghujung bulan januari. huuu.. baru dapat aksess blog ni awok.. sedih sangat-sangat.. 

Alhamdulillah, aku berjaya selesaikan semesta pertama di dalam jurusan Bachelor Management with Psychology dengan selamat walau ada gentarnya ( gila berat subjek matapelajaran ), heee.. Apa pun rileks sudah bah.. selamba aje.. muehehe.. adakalanya aku ni dah serupa macam kartun juga bila tak cukup idea nak menyiapkan tugasaan kerja.. tak apa, susah sekarang memang cabaran besar tapi kena fikir positif. tak gitu ? 
selamat duduki peperiksaan dengan jayanya.. tak study sangat pun asalnya.. main2 jer.. huu.. entah apa ajerlah keputusan peperiksaan tu nanti..

Usia pula makin bertambah.. amalan pun kena sentiasa bertambah.. barulah dapat kejar dunia dan akhirat.. Alhamdulillah, Allah berikan aku kesempatan untuk masih terus bernyawa atas izinNya. Alhamdulillah, kerana Allah berikan juga aku kesempatan untuk aku berbakti kepada kedua orang tua serta keluargaku. Tahun ni genap 23 tahun. Masih muda walau adakalanya ada adik-adik yang aku berjumpa dan berbual mengatakan aku awet muda. seriously, aku tak percaya dengan kata-kata itu..bila dengar jawapan begitu aku gelak sendiri. terfikir sebentar, tang mana yang awet muda.. muka comot adalah.. huhu. berbalik semula pada usia 20-an,  masih ada yang belum dilunaskan lagi.. pengajian aku masih ada tempoh 4 tahun lagi.. Walaupun lambat tapi tak mengapa.. ilmu masih boleh dicari dan insyaallah aku tak akan rasa jemu untuk cari ilmu. tak sabar nak habiskan pengajian dengan jayanya kerna itu adalah salah satu cita-citaku untuk genggam ijazah dan insyaallah kalau ada rezeki aku nak sambung phD dalam bidang psikologi kanak-kanak mungkin.. hehehe.. insyaallah, aku kena bertindak dari sekarang untuk dapatkan hasil yang aku inginkan.. Fast action, fast result cik sya. hehe

Bila umur dah tinggi, makin kerap orang sekeliling akan bertanya.. "bila nak kahwin ? " "tak ada calon ke ? ".. rasa macam nak jadi halimunan pulak. bunyi macam seronok aje yae.. hee.. kalau dapat peluang memang aku nak weyh.. gila seronok habis! Telinga dah lali bila dengar soalan-soalan begitu.. sejak aku habis stpm hinggalah aku bekerja.. tu tak termasuk dengan saudara mara.. haish, asal nampak muka aku aje, soalan begitu bagaikan magnet dengan aku dan semestinyalah aku tak mahu terus menjadi magnet yang mempunyai daya tarikan yang kuat. muehehe.. kata mudahnya aku senyum aje.. riak wajah memang tak ada perasaan.. statik jer lebih.. hehe.. eh, ayat statik tu orang baru beri pada aku tu.. tak apa, ada aku kisah.. Abah aku pun tak bising tentang jodoh anak dia yang degil ni... sebab aku nak fokuskan pada abah aku dahulu baru fikir tentang jodoh. tapikan kalau aku kata tak nak rumah dan tangga boleh tak ? hehe.. soalan yang pernah aku tanyakan pada kak aku yang sulung.. sia-sia aje tanya.. sebab jawapannya kena marah weyh.. sadiskan.. mahu tak memuncung bibir aku a.k.a mulut itik lepas kena marah. haha, gedik kau yae sya dengan kak long.. marah-marah manja aje dengan kak long tersayang.. suka sakat kak long aku yang comel ni.. haiish, rindu pulak dekat kak long. 

Wow, sekarang aku punya banyak masa dengan abah. gila seronok.. inilah yang aku mahukan. aku tak kisah kalau ada orang kata aku anak abah. memang pun aku anak abah. dah namanya aku berbintikan nama bapak aku. takkan anak haiwan.. huhu.. perdulikan kata-kata orang.. asalkan aku gembira dengan apa yang aku buat ni. itu paling penting sementara Dia meminjamkan abahku di sisi aku. Alhamdulillah.. 

Sekarang dah jadi seorang yang penanam anggur tegar di samping jana pendapatan dengan menjadi seorang usahawan. Alhamdulillah, dapat keluarga besar. Masyaallah, perasaan itu susah untuk diungkapkan. ianya seronok sekali.. dapat berjumpa dan berkongsi kisah-kisah meraka. ketahui bermacam-macam teknik, tips dan ilmu di dalam program akademi usshawan ni. sangat superb ni akademi. tak menyesal bila sertainya..  jomlah berani jadi usahawan.. tak rugi tau!









last but not last, sekeping gambar berwajahkan muka sendiri.. mueheheh..

 ni beberapa keping gambar aku letak dekat sini. nilah rakan-rakan usahawan aku dan rumah yang tersergam indah ni merupakan clubhouse untuk para usahawan berkumpul bila ada majlis yang penting.. pergh, rumah ni memang mahal weyh.. gila besar.. seronok pulak tu.. pemandangan cantik aje.. segar, nyaman dan damai.. rasa nak duduk terui dekat situ pun ada.. waaa, gila rindu nak pergi sini lagi.. 





2015, aku nak tambahkan asset dalam bank
nak ada kereta idaman sebijik..
yes,yes,yes.. state management untuk tahun ini..
insyaallah, moga Allah permudahkan jalan buatku