Ahad, 31 Julai 2011

Assalamualaikum..


hari nie aku boleh terbangun lambat pulak.. aiseyhhhhhhhhh~
kan da kena marahhhhhhhh dengan abah.. hahaha.. 
*anak dara pemalas memang macam nie* hehehe
buat malu jea, da besar tua bangka macam nie boleh bangun lambat lagi.. huhu


sedang2 dibuai mimpi aku boleh menangis pulak.. huhu..
terus jadi tak best aku mimpi tau.. sob3
hinggakan kakak aku terkejut bila dia dengar aku menangis secara tiba2.. huahuahua..
malunyaaaaaaaaaaaa......


korang nak tau kenapa aku boleh menangis dalam mimpi ? ce cite ce cite.. 
sedih lah kalau nak dikongsikan.. sob3x


senang2 korang fikir sendiri lah.. hehe

Sabtu, 30 Julai 2011

rahsia mata dan pemikiran

Mata adalah lambang pemikiran sesorang manusia :-


a) Jika mata jarang berkedip, menandakan seseorang itu sangat tajam pemikirannya dan jika tidak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang sebab konterasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi  menjadi saintis atau  pakar  dalam pelbagai bidang.


b) Jika renungannya tajam macam renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu dan tajam juga pemukirannya dengan syarat matanya tidak kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat ekstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.


c) Mata sering berkedip-kedip seolah-olah ada habuk masuk mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikirannya dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


d) Renungan nmata yang lemah menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak atau dalam erti kata lain dia hanya berpotensi menjadi pelakon tambahan sahaja.


e) Jika mata renungannya tidak tajam tetapi renungannya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan pemikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali. Nak tahu mata jenis ini lihatlah mata Dr. Fadzilah Kamsah, Tun Dr. Mahathir dan ramai orang jepun yang memeilikinya.


f) Jika mata seseorans sering  berkeliaran biji matanya, jaga-jaga orang ini kaki belit sedikit dan suka tipu dan  tidak bijak dal bahagian ilmu. Sukar untuk dipercayai dan dibuat kawan.


p/s:- sekadar bacaan dan bukan untuk dibuat pegangan 

ahlan wa sahlan yaa ramadhan..

Assalamualaikum.


selamat datang dan bertemu kembali bulan ramadhan!!!!! 
yeaaaaahhhhhhhhhhhh, sukanya aku ea ? hehehe..
mestilah suka uw.. ^__^








semoga ramadhan kali nie membawa erti yang lebih bermakna kepada kita. InsyaAllah.. :)

Rabu, 27 Julai 2011

Cinta tak semestinya memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap cinta kita tidak diterima.
Cinta itu tak pernh ditolak kerana setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberi sesuatu bukan mengharap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan yang diterima.
Tapi.. bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itu yang memberikan pahit-pahit yang menghiris hati...
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu..
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu..
Keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian..
Tapi..
Percayalah pada diri..
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya..
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..







Selasa, 26 Julai 2011

rahsia warna dan corak tali leher



bagi kaum-kaum lelaki anda tergolong sifat yang bagaimana setelah memakai tali leher di kemeja kerja anda itu.. jom kita selongkar sifat dan rahsianya..


Biru
warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan terbaik. Dan dapat pula menggabarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberikan kesan ketenangan.


Merah
merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian dan tanda sensualiti seseorang.


Oren
bukan warna yang paling popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.


Hitam
sevara tradisionalnya, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dkenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika berpandukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegen.


Kelabu
menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu


Kuning
muda, penuh harapan dan bahagia


Hijau
memberikan kesankepada pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas tapi sulit untul dimengertikan tetapi jujur.


Coklat
warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dn mempunyai daya bisnes yang kuat.


Bergaris
konservetif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.


Bercorak gelombang
menggambarkan kebebasan dan santai, bentuk pisley menggambarkan kreativiti dan rileks.

30 petua kukuh ikatan cinta

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

berdebar-debar..

Assalamualaikum..
tiba-tiba aku rasa jantung aku berdegup laju.. 
apakah petandanya ? jarang jantung aku berdegup kencang begini..
apakah maksud disebalik degupan aku nie..
Ya Allah bantulah aku untuk meredakan degupan jantung aku nie dan berikanlah aku khabar-khabar yang gembira pada hari2 yang mendatang serta tabah dan ikhlaskanlah hatiku setelah aku mendengar khabar-khabar yang aku dengari kelak.. amin 

Isnin, 25 Julai 2011

Ramadan dan kebangkitan umat

Assalamualaikum.
 Hari nie aku nak kongsi sedikit tentang bulan ramadan. jom layan meyh.. =)


"Hai orang-orang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sepertimana telah diwajib mereka sebelum kamu, agar kamu beroleh taqwa". Ayat 183 surah al-Baqarah ini menetapkan objektif puasa ialah taqwa. Taqwa adalah penentu untuk berubah sikap, tindakan, perjuangan dan matlamat hidup. Periksalah taqwa setelah selesai ramadan.


Dua perkara dalam ramadan.

  • Dua perkara besar ada di dalam ramadan adalah penurunan ( nuzul ) al-Quran dan puasa. Kedua-dua perkara itu tidak dpat dipisahkan seumpamanya seperti gula dan manis.
  • Ayat 185 surah al-Baqarah menjelaskan bahawa al-Quran mula diturun pada bulan ramadan, sebagai petunjuk kepada manusia. Sesiapa yang bertemu ramadan hendaklah dia berpuasa, sebagai ulang tahun penurunan al-Quran.
  • Persoalannya pertama kenapa perlu diisyariatkan menyambur ulang tahun nuzul al-Quran ? tidak lain supaya manusia terus menerus sedar bahawa al-Quran membawa visi dan misi ynag agung untuk manusia. Persoalannya kedua ialah kenapa puasa dipilih oleh Allah sebagai cara sambutan ? Lebih-lebih lagi ramadan, yang dari asal perkataan "panas", berkelaziman bulan yang panas diwajibkan berpuasa. Tidak lain untuk melatih mukmin ketahanan fizikal, jiwa dan minda untuk melaksanakan syariat Allah.
  • Saum (puasa) bererti "menahan keinginan". Keinginan yang halal ditahan antara subuh hingga maghrib, apatah lagi keinginan yang makruh dan haram. Ini adalah latihan mengawal nafsu agar rendah diri kepada Allah, sebagai persediaan besar untuk pengabdiaan diri kepada Allah .
  Ramadan disambut serentak di seluruh alam.
  •  Ramadan adalah ibadah satu bulan serentak sedunia dan sealam. Cara penetapan waktunya adalah terikat pada hukum alam, iaitu kemunculan hilal ramadan. Keseragaman ini sahaja sudah menampakkan keagungan ibadah ini pada jiwa muslim dan bukan muslim, iaitu syariat islam di bumi berkaitan dengan alam buana, syariat islam adalah mesra universal.
  • Keadaan planet dan galaksi menentukan bila mukmin memulakan puasa. Sebergitulah ibadah dan perlakuan seorang mukmin berkaitan dengan langit. Ini meliputi tanda masuk waktu solat yang memestikan berpandu pada langit dan matahari. Arah tawaf juga menurut arah bumi mengelilingi matahari, sama seperti arah kitaran arah dalam jasad manusia. Ramadan disambut juga oleh penghuni langit. Para malaikat ditugaskan mencari mereka yang mengintai-gintai malam Lailatul Qadar. Syurga juga ditingkatkan hiasannya pada setiap ramadan.
     Pakej ibadah ramadan
  • Kedapatan lapan amal dalam pakej ramadan selain daripada berlapar, untuk menjinakkan nafsu. Ini termasuk terawih, mengintai malam Lailatul Qadar, iktikaf, sedekah, zakat fitrah, tilawah al-Quran memberi makan berbuka puasa dab berbanyakkan nawafi.
  • Telah disyariatkan bahawa setiap ibadat ada rukun dan adab. Rukun adalah zahir. Manakala adab adalah perkara-perkara yang lebih kepada software amal tersebut.
  • Rukun puasa cuma dua iaitu niat dan menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum. Namun adab puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara dosa dan rendah maruah yang diperbuat oleh pancaindera dan lintasan hati dan menggantikan dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah.
  • Perbuatan yang merendahkan martabat termasuk mengumpat, berbual kosong, membuang masa, mendedahkan aurat, berbuka dengan makanan haram, berbuka dengan mewah dan banyak tidur pada siang hari.
  Tiga strategi mengubah keperibadian
  • Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyebut bahawa tiga strategi mengubah keperibadian menerusi ramadan. Pertama ialah mengubah amalan banyak makan dan minum ( fudhul at toam wa syaraab ). Kedua ialah mengubah amalan banyak tidur dan bermalasan ( fudhul an-naum ). Ketiga ialah amalan berlebihan bergaul dengan manusia ( fudhul mukhallatoh an-anaam ).
  • Yang pertama diubah dengan berlapar dan sederhana makan semasa berbka. Kedua diubah dengan menyederhanakan tidur, agar boleh bangun makan untuk ibadah tambahan sebelum sahur. Ketika diubah i'tikaaf iaitu menyendirikan diri di dalam masjid.
  • Jika dilakukan lapan amalan serta tiga strategi itu seseorang mukmin akan berubah ke arah kebersihan hati dan menjadi lebih produktif dunia dan akhirat. Memang dimaklumi bahawa yang kesentiasaan kenyang mudah menyombong kepada Allah dan manusia, yang suka ketiduran dan kesantaian menyahkan perjuangan dan banyak melepak sama ada tua atau remaja mudah dijangkiti dan mengjangkitkan virus kejahata.
 Mudah-mudahan kita beroleh manfaat selepas membaca artikel nie.. 
waallahualam.. 
salam mubarak al-ramadhan..

Sabtu, 23 Julai 2011

terbaik punyerrrrrr..

Assalamualaikum.


pagi tadi aku ada teknik menjawab soalan stpm kertas pengajian am kertas 2 dengan teknik menjawab kertas bahasa melayu kertas . seronok gilew tau! banyak input2 yang aku dapat. malahan input2 tu da pun meresap dalam kepala otak aku nie.. hehehehe.. rasa2 nya aku boleh dapat pointer 3.00 keatas tak ? hehehe.. 
insyaallah mesti boleh punyer. tapi aku cuma tak yakin sungguh dengan diri aku nie.. huahuahua..
nak nanges boleh tak ? abah tolong akak, akak takot nak duduki periksa stpm kelak!!!!!!!! ;(


alhamdulillah akhirnya tamat jua teknik menjawab ue.. happy tak terkata tau! hahaha..
lepas aje balik dari sekolah aku bersiap-siap nak keluar dengan kawan2 aku.. hehehe.. padahal diri sedang mengantuk sakan.. huhu


teapat jam 2.15 petangg aku bertolak dari rumah ke skudai parade dekat2 dengan kawasan sekolah aku ue.. gila kentang ar, aku ingat nak lepak biase2 jea nie sampaikan tengok wayang sekali.. hahaha
first time aku pergi tengok wayang kat skudai parade ue.. besar juga kawasan panggung wayang tu. cantik tau! jeles tak ? jelesa tak ? hehehe
cite yang aku tengok dengan kawan2 aku ialah cite FLAT 3A lakonan intan ladyana. cite nie boleh dikatakan masih baru ditayangkan kat panggung wayang ar.. :B 
kiteorang masuk lambat 5 minit jea.. bila aku jejakkan kaki kat dalam panggung ue gelap tau.. serius aku terus jadi takut untuk seketika minit dan masa.. hahahaha~
cite nie memang banyak aksi meenakutkan.. hehehe
da kata pun cite hantu, kihkih.. mestilah menakutkan, hahahaha~
cite nie juga buat aku takut untuk melihat aksi2 hantu yang menakutkan.. huhu
untuk pertama kalinya aku berasa takut tengok cite seram kat panggung wayang.. ;(
kawan aku pula boleh takut2 kan aku pula,, huahuahua.. sampaikan aku ugut dia tau.. hehehe.. aku kata kat dia, kalau dia kacau aku lagi aku tak nak keluar dengan dia lagi.. hahahaha, terus takut kawan aku ue.. takut lah sangat kawan aku ue kan ? huhuhu.. 








cite nie best jugak ar..
aku beri 4 1/2 bintang untuk cite nie..
aksi2 seram dan mendebarkan memng terbaik ler..
pelakon2 nya jugak best..
rugi jugak tak tengok..
hehehe
apa yang penting banyak jugak pengajaran dalam cite nie..
(:



Jumaat, 22 Julai 2011

nak berjaya jugak..

Assalamualaikum.


bila tengok kesemua kawan2 aku telah menjejakkan kaki ke menara gading, aku rasa seronok pula. 
padahal pada masa yang sama aku cemburu dengan rezeki dan nasib diaorang ue. hampir keseluruhan kawan2 aku telah membuat diploma dekat IPTA dan IPTS. 


cemburu tau bila tengok diaorang hampir nak menamatkan pengajian mereka dalam bidang yang diaorang ambil.. huhuhu.. mesti seronok bila menjejakkan kaki ke menara gading. aku pun tak sabar jugak nak jejak ke menara gading pilihan aku tu! hehehe.. tak sabar tau nak tamatkan pengajian dalam Pra-Universiti nie.. lama sungguh! abah bila akak nak habis belajar nie!!!!!  =.= sabor je lah~ hahaha


abah dan keluarga aku da tak sabar2 nak tunggu aku tamatkan pengajian STPM nie. diaorang jugak tak reti2 berhenti berharap pada aku.. aiseyyyyyyyhhhh! susah betul jadi orang pandai. pandai ke ? hahaha.. mana ada biase2 jea aku belajar.. hehehe~ mana tidak nya harapan diorang pada aku menggunung ue. kalah ketinggian gunung everest.. hahahaha~


insyaallah kalau diizinkan oleh Allah s.w.t aku akan menjejakkan kaki aku nie ke menara gading pilihanku beserta jurusan yang aku minat dan kena dengan jiwa aku.. dan insyaallah juga kalau Allah s.w.t izinkan aku peroleh pointer yang terbaik untuk keputusan STPM aku pada tahun depan iaitu pada bulan 3 kelak. amin. semoga Allah membantu aku untuk menuju kejayaan yang sedang aku bina nie. amin ya rabbal'alamin.





huahuahuahua.. :(
tak sabor ue nak merasa pakai jubah konvokesyen nie..
hehehehe
entah bila dapat merasainya..
:(







kahwin

Assalamualaikum.
tiba-tiba rasa gatal sangat nak cite bab2 kawen nie.. hahaha
sengal berbakul2.. hehehehehehe..
auwwwwww.. i like this entri.. kahkahkahkah :)


kawan aku yang umur sama dan satu sekolah di sekolah lama aku da kawen tau.. huhu
walaupun aku tak rapat sangat2 dengan dia tapi aku bertegur sapa dengan dia juga..
dia nie merupakan atlet kat sekolah.. budak nie memang aktif gilew tau.. dia kerap juga menjadi wakil sekolah dalam sukan seperti bola jaring.. hehe.. cantik juga orangnya.. macam cina2 gitu... hehehe


alhamdulillah selamat juga dia diijabkabul pada 17/07/2011 pada hari ahad. 
aku tak berkesempatan datang ke majlis nya kerana tidak diundang untuk memeriahkan majlis perkahwinannya itu tetapi gambar2 perkahwinan dan ijab kabul nya aku tengok kat laman sosial nya sahaja. hehehehe :B 
masyaallah, cantik sungguh dia dengan persalinan busana perkahwinannya dan cukup kena dengan warna kulitnya yang keputihan itu. Indah sungguh cipta allah nie kan.. hehe =)


bila aku mendengar khabar bahawa dia nak kawen hati aku tiba2 rasa excited gilew.. hehehe
excited nak kawen jugak.. hahaha
merepek aje aku nie..
calon tak ada tapi gatai nak kawen... hehehe..
insyaallah mungkin suatu hari kelak aku akan kawen jugak dan siapakah calonnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.. hehehe :)
seronoknya bila da kawen.. hehehe
romantik gilew.. hahaha

jom layan lagu nie..
hehehe :)







Ahad, 17 Julai 2011

aku nak nie :)





aku nak handset nie..
huahuahuahua..
da lama aku idamkannya..
dan agak lama juga aku perhatikan model nie dari jauh..
hehehehe..
jauh ke?
tak lah..
dekat aje..
kat dalam rak kaca dalam kedai handphone..
hahahahahaha..

bila kah agak nya aku dapat memakainya..
aku ada jugak niat nak mintak abang2 aku belikan handset untuk aku..
tapi macam2 syarat yang diorang letak kalau aku nak..
susah sungguh nak bodek diorang ue..
huhuhu..

kalau diaorang bodek aku boleh pulak ?
untuk aku membodek balik tak dapat pula..
kuang asam betul..

tengok ar nanti kalau2 diorang bodek aku, 
jangan harap aku nak tolong..
hehehehe..
jahat betul aku nie..
suka kenakan abang sendiri..
hahahaha
jangan risau ler, abang2 aku spoting2 habis
sporting2 diorang garang jugak..
huhu.. kadang2 aku sendiri pun kecut perut bila tengok muka garang diorang..
haissssssshhhhhh, sekali pandang macam muka harimau lapar..
dua kali pandang, aku pun tak tau macam mana rupanya nanti..
hehehehee :P


penat boleh ?

Assalamualaikum.


sehari 24 jam, 7 hari seminggu
bagi aku pula 24 jam, 7 minggu seminggu tu macam tak cukup langsung. 
macam-macam benda yang perlu aku lakukan dalam 24 jam ue.. 
tapi bagi korang aku tak tau lah masa ue cukup ke tak ? hehehe..
dalam 24 jam sehari aku perlu bahagikan masa untuk belajar, ulangkaji pelajaran, menyiapkan segala tugasan sekolah, memasak, mengemas rumah, mengemas bilik, basuh baju dan segala-galanya.
aku rasa kalau aku mintak kerja lepas tamat stpm agak2 nya kerja apa ea yang sesuai untuk aku kan ? kalau2 aku mintak kerja orang gaji versi orang melayu ada orang nak tak ? hahaha
merepek aje aku nie di tengah2 hari nie.. hehehe.






badan aku pun da sakit2.. 
da macam orang tua pula aku nie kan ?
hehehe, mana ada tau.. masih muda cantik bergaya lagi.. hahaha
cewaaaaaahhhhh, puji diri sendiri nampak.. kahkahkahkah =)


kadang2 aku sendiri pun da penat buat kerja2 macam nie..
kakak aku yang masih duduk dengan aku pun tak boleh diharapkan sangat..
sampaikan senarai barang dapur pun aku yang kena senaraikan.. ada ke patut macam tu ?
sekurang-kurangnya ambil tahu ler serba sedikit tentang barang masakan kat ruang dapur ue.. nie tak semuanya suruh aku.. macam manalah kalau kakak aku da kahwin nanti.. entah2 habis suaminya dibulinya nanti.. nauzubillahminzaliq, minta2 di jauhkan segalanya..


penat+penat+penat tau.. 
sampai bila aku nak jadi macam nie.. 
da tak tahan aku dibuatnya tau.. huhu..
geram pun ada dengan sikap kakak aku yang sesuka hati lepaskan tanggungjawab dia pada aku.. 
geram tau.. dia ingat aku nie patung cendana ke ? aku pun ada perasaan, hati dan jiwa tau!! aku pun manusia jugak macam dia.. cubalah sesekali fikirkan perasaan aku. jangan pentingkan diri sendiri aje.. 
kenapalah kadang2 aku rasa diri aku nie macam tak ada kegembiraan ?
sedih sungguh..
rasa macam tiada erti untuk aku hidup di muka bumi yang kering dan panas nie lagi..
kalaulah korang dapat mendengar apa yang terbuku di hati aku pada masa nie kan best ?
huhuhuhu.. nak menangis aku macam nie..
i needed someone to hear my problems..
i needed my best friend now..
huahuahuahuahua.. :( 









Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Sabtu, 16 Julai 2011

Mari Mencari Ketenangan


Ketenangan..
Apa yang dimaksudkan dengan ketenangan?
Ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan.
Sudah pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang.
Ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Salah satu kuncinya ialah "Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang".
Ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. Kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merasai ketenangan.
Pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan
Apabila minda bertindakbalas akibat di dorong oleh hati maka hancurlah jadinya. Sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi.
Secara peribadinya, saya sendiri pernah merasai situasi seperti ini iaitu apabila berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari hilang pergi.
Sebaliknya apabila akal yang dipandu ke arah yang betul, ianya akan menjadi penenang hati dan sekaligus membuatkan hidup kita aman dan harmoni.
Didalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:
"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
Ketenangan yang dicari berada di sebelah kita, samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita.

Mari Mencari Ketenangan


Ketenangan..
Apa yang dimaksudkan dengan ketenangan?
Ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan.
Sudah pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang.
Ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Salah satu kuncinya ialah "Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang".
Ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. Kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merasai ketenangan.
Pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan
Apabila minda bertindakbalas akibat di dorong oleh hati maka hancurlah jadinya. Sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi.
Secara peribadinya, saya sendiri pernah merasai situasi seperti ini iaitu apabila berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari hilang pergi.
Sebaliknya apabila akal yang dipandu ke arah yang betul, ianya akan menjadi penenang hati dan sekaligus membuatkan hidup kita aman dan harmoni.
Didalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:
"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
Ketenangan yang dicari berada di sebelah kita, samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita.

Facebook : Kita Menguasai Atau Dikuasai?


"Fasal Facebook lagi?"
"Tiada isu lain ke?"
"Lagi-lagi muka buku?"
Mungkin ini yang tercetus di hati anda apabila membaca perkongsian saya kali ini. Sabar dahulu, saya sekadar ingin berkongsi sesuatu berkaitan dengannya. Sembang-sembang saya bersama isteri saya baru-baru ini.
"Kekadang kita kena uji dan 'test', adakah kita ini menguasai atau dikuasai oleh FB." Teringat akan salah satu bicara isteri saya.
"Bagaimana?" Tanya saya.
"Dulu, biasanya saya akan berhenti seketika daripada melayari FB untuk tempoh-tempoh tertentu. Kempen 'berpuasa' daripada ber'FB'." Kata isteri saya.
"Hendak pastikan bahawa saya menguasai penggunaan FB bukannya saya dikuasai oleh FB sehingga terlalai dengannya." Isteri saya berkongsi dengan penuh petah. Asyik saya mendengarnya.
Menarik. Saya kira ini satu kaedah yang praktikal yang boleh kita semua lakukan. Katanya, kekadang beliau akan tetapkan satu tempoh agar berhenti seketika dengan penggunaan FB. Contohnya, berhenti atau tidak membuka akaun FB selama seminggu, sebulan atau tempoh-tempoh yang bersesuaian. Kemudian, kita muhasabah diri.
"Apa perasaan kita?"
"Bagaimana kita bertahan, mengawal kehendak perasaan dan bertindak apabila kebiasaan harian kita di'berhenti'kan seketika dalam jadual harian?"
"Gelisahkah kita?"
"Atau kita mampu menjalani kehidupan seperti biasa, penuh ketenangan dan seolah-olah tiada apa yang berlaku."
Alah, senang sahaja tu. – Tersenyum saya apabila mendengar respon sesetengah daripada kawan-kawan dan kenalan yang sememangnya kaki FB. Tetapi apabila minta mereka 'berhenti' seketika:
"Fuh, tidak mudah juga. Rasa lain sangat-sangat!"
Rungsing dan bimbang
Tanpa menafikan kebaikan dan manfaat daripada FB – (menghubungkan jaringan empayar kenalan, persaudaraan, persahabatan dan sebagainya, menjadi medium merancang, merencana, merangka dan melaksanakan apa-apa projek secara maya, menjadi reminder tarikh-tarikh event tertentu dan sebagainya) – FB juga telah membuktikan kesan negatifnya kepada komuniti masyarakat kita.
"Semasa kursus perkahwinan saya di Perlis, pengawai yang menyampaikan kursus tersebut ada menyebutkan bahawa di Perlis sahaja pada tahun 2010 – 20% kes perceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh FB," Isteri saya berkongsi lagi.
Facebook kini, menjadi medan untuk meluahkan ketidakpuas hatian kepada seseorang. Medium untuk mengumpat, mencaci, mencerca, menghina, menabur fitnah malah tempat membuka aib manusia. Sebaran dosa berlaku tanpa disedari – berputar 24 jam di dalam alam maya.
"Masya-Allah, hal ini benar-benar berlaku di sekeliling saya," seorang sahabat berkomentar.
Facebook, mewujudkan suasana persengketaan, kekeruhan dan kekacauan dalam persaudaraan sesama manusia. Hanya kerana tersalah faham akan maksud di status di FB – ia akan menguriskan perasaan dan membawa kepada syak wasangka yang keterlaluan dan akhirnya, timbullah pelbagai buah-buah keburukan di luar fikiran manusia.
Membunuh, taburan fitnah dan mengumpat. Suami isteri yang bersengketa sehingga terdedah dengan percuma di layar maya, adik beradik berkelahi sesama sendiri, rakan sepejabat bermasam muka, dan jiran tetangga tidak bertegur sapa. Semuanya kerana, tidak dapat mengawal dan menguasai diri untuk mengendalikan nafsu ketika menggunakan FB.
Marilah kita – semak semula akan hakikat ini. Saya bukanlah penggunaan FB yang mahir, baik atau tidak ada lakukan salah dan silap. Namun, ajakan ini untuk kita perhalusi dan mengamat benar-benar setiap kelakuan, tindakan dan sikap kita dalam amalan harian.
Begitu juga dalam soal menyebarkan hadis daripada nabi Muhammad S.A.W di FB. Kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan hal ini. Pastikan sandaran hadis itu benar, sahih dan berasal daripada Rasulullah S.A.W. Saya sendiri pernah ditegur dan diingatkan oleh beberapa orang kenalan tentang perkara ini. Bimbang, kita sebarkan hadis – tetapi sebenarnya ia bukannya hadis yang datang daripada Rasulullah S.A.W. Kita akan menipu dalam keadaan tanpa sedar.
Ketagihan dan Kelalaian FB – Jom kita semak.
Untuk ruangan ini, sama-sama kita jujur kepada diri. Sama-sama kita lihat pada hati dan diri sendiri. Bermuhasabah untuk kita lihat akan kualiti dan tahap kepekaan serta kesensitifan diri kita dalam soal ini. Insya-Allah.
Secara praktikal, sama-sama kita lihat adakah kita ini berada dalam zon 'ketagih' kepada FB ini. Sama-sama jujur dalam mengkoreksi diri.
Apa tanda anda ketagihan FB?
(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka. Membukanya dengan penuh keterujaan - sangat-sangat mengharapkan 'sesuatu' daripadanya.
(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga. Di minda anda : FB, FB, FB, FB.
(3) Anda mampu menghadap laptop, atau komputer berjam-jam lamanya hanya dengan FB. Ya. Menukar status FB sekerapnya mungkin, membalas komentar-komentar dengan penuh minat dan asyik. Ber'chat'ting melalui ruangnya FB dengan rakan-rakan yang online – serentak – kekadang 5 sehingga 10 orang sekaligus. Hebat dan luar biasa!
(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti tugasan kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum. Apabila pensyarah kita soal kenapa tidak mampu siapkan assignment pada 'dateline'nya? Alasan kita: Saya sibuk. Maksud tersiratnya ialah, sibuk dengan FB.
(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Kehilangan yang akan meruntum jiwa, perasaan anda menjadi keluh kesah dan tidak dapat fokus kepada kerja-kerja harian yang lain.
Bagaimana? Ada yang pernah berkata : Aduh pedihnya? Banyak senarai ini terkena kepada aku. Sama-sama kita jujur dalam penilaian ini.
Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu? Kita semak juga, bentuk-bentuk kelalaian FB. Adakah kita sudah terjebak kepada penyakit ini?
Kelalaian FB
Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.
Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :
(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'FB'. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : "Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!"
(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke'facebook'an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!
(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang pelajar, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!
(4) Kita semakin jarang membuka al-Quran yang menjadi penguat rohani kita. Jika dahulu, sempat menghadap al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T kelak.
(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.
(6) Tugasan kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Datelineterlepas dan berasalan bahawa: "Saya sibuk dan tidak sempat." Hal-hal yang lain, tugasan di tempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah Iman.
(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.
(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum Syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan.
(9) Gambar-gambar yang di'share', di'tag' dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.
Banyak lagi jika disenaraikan. Saya yakin anda sendiri mengetahuinya.
FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.
"Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu' mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya." [al-Mu'minun 23: 1-3]
Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar dalam kuliah saya :
"Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda."
Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.
Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.
Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.
Mencorak keperibadian kita
Anda perasaan tak?
Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.
Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui "wajah" facebook kita.
Ia seolah-olah menampakkan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.
Wallahu'alam
Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!
Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik. Marilah kita menjadi hamba-hamba Allah S.W.T yang melayari FB dengan keupayaan untuk menguasainya. Kita yang mengaturkan segala tindak tanduk di FB sama ada penyiaran gambar, menyatakan status, komentar-komentar dan segala sebarang fungsian di dalamnya. Insya-Allah.