Khamis, 26 Julai 2012

Dugaan puasa..

Sedang elok mendengar alunan zikir " Astarghfirullah " yang di nyayikan oleh Hafiz Hamidun, aku di tegur secara kasar.


Alunan zikir teapi " Astarghfirullah " by Hafiz Hamidun
"Sudah-sudah.. baik kau buka lagu lain. Orang kalau nak berzikir mesti hati nak tenang, jiwa bersih, dan bla~ bla~ bla~. setakat kau nak mendengar begitu aje baik tak payah. itu gayanya nampak macam kau persenda-sendakan aje.. "   Astargfirullahalazim. Salah ke aku mendengar alunan zikir itu ? denyutan di hati bagaikan hampir tidak berdenyut dek kerana terima sebuah teguran yang boleh di kategorikan menyesakkan dada. dalam hati usah di kata.. laju sahaja aku beristirghfar. dek terpana dengan teguran itu aku terkesima. serius.. kata-kata itu membuatkan aku terdiam dan tersentap. Seumur hidup, ini adalah pertama kali aku di tegur gara-gara mendengar alunan zikir. Dalam hati tertanya-tanya dosa besar ke aku mendengar alunan itu ? Hadis mana yang di  guna ? * tiada niat mahu membuat spekulasi tentang ilmu agama tau, so please take note it !! * Padahal di waktu itu penyakit mengantuk mula menerjah diri dan untuk mencegah penyakit itu berlarutan aku terus mendengar alunan zikir yang di nyanyikan oleh Abang Hafiz Hamidun. Tetapi dugaan datang menyergah bila aku di uji dengan kata-kata teguran sebegitu. Ya Allah, limpahkanlah kesabaran di dalam hatiku agar aku mampu menahan amrahku di bulan puasa ini.. amin.  Malahan, bukan aku seorang aje yang terkesima malah kawan aku iaitu miza juga terkejut bukan kepalang. siap boleh marah aku lagi. " Sepatutnya sha kena tegur cara abang emi tadi itu. cara dia salah tau. " tanpa menunggu lama aku bidas balik kata-kata dia.. " bukan sha tak nak tegur tapi kata-kata abang emi tadi itu membuatkan mulut sha terkunci rapat kerana terkejut yang teramat sangat " itulah aku. kalau sudah terima teguran begitu nak-nak lagi ianya berhubung kait dengan hal-hal agama, aku memang tak boleh nak terima. sebagai contoh macam teguran kat atas tu.. huhu.. walaupun ilmu agama aku cetek tapi hukum-hukum tentang sesuatu perkara berkaitan hal agama  memang " care" tau.