Khamis, 15 September 2011

rindu ?

Assalamualaikum.


Dua hari yang lepas entah angin apa yang membuatkan hati dan minda aku terlintas untuk memberi mesej kepada lelaki yang bernama S.A tu.. nama penuh dirahsiakan.. hanya aku seorang sahaja yang tau full namenya.. hehe :B
aku mesej dia kerana agak lama juga antara aku dengan dia tak berhubung.. semua nie berlaku kerana aku sendiri yang meletakkan jurang hubungan diantara kami berdua.. nak tau kenapa ? kerana aku takut akan hadirnya perasaan cinta terhadap dirinya itu.. kerana itu aku mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang sebelum perkara yang tak diingini berlaku kelak. 


alhamdulillah, apa yang ingin aku katakan padanya akhirnya terluah juga.. sekarang nie dia a.k.a S.A sedang bekerja di salah sebuah syarikat.. dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam sebuah kolej swasta dalam bidang business administration.. semoga dia sabar dalam menempuhi alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan  itu. amin..


p/s: tlg doakan agar hubungan aku dengan dia akan berpanjangan   =)
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”