Isnin, 14 Mei 2012

special wish only to my beloved mom

Assalamualaikum w.b.t


Selamat hari ibu aku ucapkan kepada ibu ibu yang berada di luar sana. tidak lupa juga ucapan selamat hari ibu kepada arwah bondaku yang tercinta. selamat hari ibu wahai mak ku tersayang. moga moga ucapan kasihku ini di dengari olehmu di alam sana. 


untukmu wahai bondaku tercinta ketahuilah bahawa kasih, sayang, belaian ,sentuhan, nasihat, dan teguran mak di sepanjang hayat mak hidup insyaallah tidak pernah kakak lupakan. malahan membuatkan kakak rindu dengan semua itu. jauh di sudut hati ini perasaan dan keinginan untuk merasai itu membuak buak. tapi semua itu sudah berlalu pergi dan tidak pernah sesekali kakak lupa dengan apa yang pernah mak curah dan berikan kepada kakak. terima kasih mak kerana mendidik, mengasuh, membimbing dan memberi arah kepada kakak. 


ketahulah wahai makku tersayang bahawa di suatu masa nanti kakak ingin menjadikan segala yang diperkatakan oleh mak pada kakak dahulu akan kakak cuba serapkan di dalam diri kakak bila sampai jodoh kakak untuk berumahtangga kelak. insyaallah. ketiadaan mak di sisiku cukup membuatkan aku jatuh tersungkur dengan dugaan yang berat. juga membuatkan aku lemah tidak berdaya untuk gagah berdiri seperti sedia kala. cukup menguji kesabaran yang tersedia di jaga . tetapi ketiadaan mak membuatkan aku kenal akan erti hidup dan pengorbanan. sungguh ! sungguh aku rindu dengan dirimu wahai bondaku tersayang. harapanku agar jiwaku juga dapat menjadi sebahagian daripada jiwamu yang tabah dan tulus itu wahai bondaku. I LOVE YOU MAK. kakak akan senantiasa menyayangi dan merindui mak. mak selalu di dalam hati kakak.



bonda tercinta yang sentiasa di rindui selalu
^_________^


nie aku.
orang kata muka aku tak sama dengan arwah mak aku.
ceeeiittttttttttttt !!!!!!!!!
sedih sungguh bila mendengarnya.
tapi betul ke ?
apa pendapat korang ??
:( :(



jom layan lagu nie..
special to my beloved mom