Sabtu, 14 Januari 2012

Ingin mencari Cinta Hakiki sebelum mengenal cinta manusia..


Assalamualaikum..
Hari ini jari-jemari aku teringin sangat nak menulis mengenai tajuk besar yang aku tulis itu.. InsyaALLAH dengan izin Allah.

Acapkali kita mendengar perkataan cinta. Adakalanya cinta yang digapai itu indah sekali. Adakalanya cinta itu akan mengecewakan kita. Kadang-kadang seseorang yang sedang menyulam perasaan cinta itu asyik melayan kasih dan cintanya itu. Hinggakan makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Bunyinya nampak kelakar tetapi itulah realiti yang sebenarnya. Apabila penyakit ‘’angau’’ mula menerpa pada hati tingkah laku seseorang manusia itu tidak mampu untuk dikawal oleh akal lagi. Persoalannya benarkah cinta yang dicurahkan itu akan membawa bahagia kepada seseorang ?

‘’Aku cintakan engkau”.. ‘’aku sayang dekat engkau’’.. ‘’ i love you so much’’.. ‘’saranghae’’.. ‘’aku suka dekat engkau’’.. ‘’ wa ai nie’’.. dan sebagainya. Perkataan begini selalu kita mendengarnya. Apa tidaknya sang jejaka tidak berasa malu untuk mengungkap perkataan itu kepada kekasihnya. Pada masa yang sama hati sang kekasih berbunga-bunga bahagia dan indah pabila mendengar ungkapan yang dilafazkan oleh sang jejaka. Malah, hati kecil berkata... ‘’ sweetnya bila dia kata begitu’’.. hehehe.. bergurau seketika ea.. aku pun suka juga bila seseorang jejaka berkata begitu tetapi lebih indah lagi bila seseorang jejaka itu mempunyai ikatan sah denganku.


Okay kita bersambung semula. Perasaan cinta yang dipupuk dalam erti kata ‘’cintan-cintun’’ ini kalau di lihat secara halus akan memudaratkan diri kita tanpa kita sedar. Memudaratkan ? yup, cuba kita berfikir sejenak seseorang yang bercinta bukan sahaja rasa bahagia, indah, ketawa dan sebagainya tetapi bahagia yang di cipta itu akan membawa luka pada hati.. terluka kerana pasangannya bersifat curang, terlalu mengongkong, berlagak bagus, dan sebagainya. Kerana hati terlalu sayang pada pasangan kekasih, hati menjadi merana dan terluka. Kasihan sungguh hati yang suci dan tidak berdosa itu. Lebih tepat lagi gigit jari nampaknya.

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah ertinya seperti membenarkan dirimu dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal.



Kalau di lihat secara kasar dan mendalam aku suka untuk berkongsi yang seharusnya kita perlu mencintai Allah kerana cinta yang dijanjikan olehNya adalah bersifat kekal dan abadi. Begitu juga dengan kasih Rasulullah kepada umatnya tidak terhingga. Jika kita tekadkan niat untuk mencari cinta hakiki iaitu cinta Allah, InsyaAllah kita akan menemuinya dengan mudah. Semuanya akan terlaksana dengan Izin daripadaNya.



 gambar nie dari google ea.. hehe


Begitu juga dengan diri aku. Aku berusaha untuk mengenal dan mencari cinta hakikiNya itu. Tiap-tiap kali akalku seolah-olah bertanya pada hatiku. Tidakkah engkau ingin mencari cinta sebenarNya ? tidakkah engkau berupaya untuk mencari keredhaan dan kasihNya itu ? aku terdiam.. terdiam seketika untuk mencari jawapan di sebalik kebenaran kata hati aku itu. Hati aku mengakui akan kebenaran kata-kata itu. Itulah sebenarnya yang aku inginkan. Aku mahu mendapatkan cinta hakikat daripadaNya itu. Aku mahu merasai nikmat kasih dan cintaNya itu.  InsyaAllah, akan aku cuba mengapainya dengan perlahan-lahan.

Untuk ketika ini aku tidak mahu mendapatkan kasih dan cinta manusia yang tidak pasti itu. Aku berkata begitu kerana aku belajar daripada pengalaman kawan-kawanku. Begitu sedih aku mendengar kisah cinta mereka. Begitu meruntunkan hati bagi seorang wanita. Di sebabkan itulah aku berusaha mendekatkan diri aku untuk mengenal dan mencari cintaNya itu.

Semoga Allah memberiku hidayah dalam aku mencari cinta hakikiNya itu.. sesungguhnya aku adalah hambamu yang khilaf, lalai, alpa dan kerdil. Bantulah aku dalam mencari keredhaanMu itu Ya Allah. Tetapkalah niatku agar aku tidak akan sesekali lupa akan niatku yang satu ini. Amin ya rabbal’alamin.



ok. sampai disini sahaja..
sebelum itu jom kita renungkan ayat di bawah nie..


*Cinta yang dicurahkan oleh seseorang insan itu tidaklah sehebat mana pun jika hendak di bandingkan dengan kasih dan cinta Allah kepada hambanya.... ‘’