Selasa, 2 Oktober 2012

empat.. lima.. cukuplah membebel tu :)

Assalamualaikum..

Agak bersawang rasanya blog ni kan ? hehehe.. tetapi ianya masih tetap cool.. miehehe
Sebenarnya mood aku nak menulis ada cuma ianya tidak berapa nak kena kerana tiba-tiba sahaja sakit kepala mula menyeringai.. Allahu Akhbar.. sakitnya susah nak di kongsikan..

Entah mengapa sejak kebelakangan nie sakit kepala aku makin kerap aje datang.. niat hati untuk mendapatkan pemeriksaan doktor ada cuma aku nie jenis yang boleh di kategorikan penakut. penakut ? macam kelakar aje kan ? hehehe.. tetapi itulah aku.. huhu.. sebagai contoh ialah petang tadi bila nak menyucuk jarum di jari sendiri untuk memeriksa kandungan gula dalam darah pun tangan dah terketar-ketar tengok darah  *terlalu pekat, berpinar-pinar mata.. huhu* ..  bila di lihat macam budak-budak kan ? hehehehe.. ada aku kisah.. miehehe.. dalam pada masa yang sama siap kena usik dengan abah lagi.. eiii,, dah besar pun takut tengok darah.. buat malu jer.. ( dialog abah ). hanya sengihan macam kerang busuk aku pamerkan pada abah.. kuikui..

Insyaallah, kalau tiada aral esok aku nak pergi jumpa doktor.. ya allah berdebar-debar pulak.. huhu