Khamis, 14 Julai 2011

perpisahan itu sungguh meruntun hati

Assalamualaikum.


tajuk entri aku sedih sungguh kan ? memang sedih pun.. huhu
sedih kerana guru kesayangan aku sudah bersara. hari nie adalah hari peristiwa perpisahannya di sekolah aku.. huahuahua.. nak menangis tau!!! huhu.. cikgu tu da macam mak aku sendiri tau. wajahnya pun seakan-akan iras wajah arwah ibu aku.. lagilah bertambah sedih.. huhu.. rasa macam nak meraung jea. tahun nie genap 32 tahun cikgu aku berkhidmat sebagai guru. opsyen beliau adalah guru sejarah. cikgu aku ajar sejarah tingkatan 3 dan tingkatan 6 atas jea.. aku bersyukur kerana dapat seorang guru sejarah dan beliau merupakan bekas guru tingkatan aku pada tahun lepas. beliau merupakan seorang guru yang baik, pemurah dan tidak jemu melayan kerenan anak didiknya yang nakal dan terlebih gila macam budak-budak kelas aku tahun nie. semoga beliau tak ambil hati dengan kata-kata dan tingkah laku aku serta kawan-kawan aku. amin. semoga beliau diberikan kesihatan yang sihat, umur yang berpanjangan, kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang hari-hari tua beliau dan selamat menunaikan rukun islam yang kelima iaitu haji. tahun nie beliau akan pergi menunaikan haji untuk kali yang kedua. da hajah cikgu kesayangan aku tu. aku juga bersyukur kerana dapat kenali beliau di sepanjang aku menjadi penolong kelas ketika beliau menjadi guru tingkatan aku pada tahun lepas. semoga kegembiraaan bersama beliau. amin.


di sini aku sertakan beberapa buah rangkap pantun.. 

batang selasih permainan budak,
daun sehelai di makan kuda,
bercerai kasih bertalak tiada,
seribu tahun kembali jua,


dari mana hendak kemana,
dari rumput dari ke padi,
hari mana bulan yang mana,
dapat kita bertemu kembali,


O.O