Sabtu, 8 Jun 2013

Kejadian tak di duga part 2


Assalamualaikum guys.

Sekali lagi aku terpegun dengan ciptaan Allah yang ada depan aku tu. Sangatlah kacak. Memang tergugat iman. Nasib tak jatuh hati dalam dada ni. Di buatnya jatuh siapa yang sudi nak kutip dan cantum balik. Tak gitu ? hehe. Jangan risau ler iman oden masih kuat lagi. InsyaAllah.. segalanya dengan izinNya. 

Alhamdulillah urusan di bank sudah selesai dengan Izin Allah. Syukur jua sebab ada seorang kakak yang aku kenal di kawasan berdekatan bank tu sanggup dan sudi nak membantu masalah kepanikan aku gara-gara duit tersekat di mesin atm tu. Syukur sungguh. Gembira tak terkata. Bila kaki melangkah keluar aje dari bank terus senyum sampai ke telinga. Hehehe, mahu oden tak gembira kan ? sebab semuanya dah selesai. nak-nak lagi dapat jumpa lelaki kacak di kaunter bank tu.. hahaha. adussh, gatalnya aku ni.. hehe. Gurau saja haaa~. tolong abaiakan sudah ayat gediskk di situ eah.. oden yang taip ni dah suku-suku nak muntah.. haha. gelak dengan ayat sendiri. kelakar tak hengat!!

pagi subuh keesokkannya pula aku di kejutkan dengan satu mesej dari the owner yang aku beli barang online tu. Masya allah. sungguh aku terkejut bila membaca mesej tersebut. pagi-pagi begitu dah dapat khabar sedih. mahu tak terencat otak aku. huargh!! rasa nak meraung aje pagi-pagi begitu. nasib otak aku masih waras lagi. kalau tidak memang aku dah meraung. selepas dapat khabar dukacita tu aku terus jadi tak senang duduk. gelisah semacam dan paling teruk jenuh aku fikir macam mana nak selesaikan. haish, tiba-tiba je aku dah jadi panik gila. Sejak bila aku ada sakit mudah panik ni eh ? terfikir sebentar.. huu~

dan..dan..dan.. tiba-tiba tepat jam 2.13 minit petang aku dapat panggilan telefon dari the owner tu.. sebelum angkat panggilan layan sekejap lagu Please don't let me go ~ Olly murs tu.. hehe.. membebel sungguh aku kan ? hee~ 
Syukur sungguh bila the owner kata duit yang aku bank-in tu memang ada dalam akaun bank dia. fuhh! lega mama dengar tau. hehe
lega hati bila dapat khabar sukacita itu.. heeee~ nampaknya aku dapat tidur dengan hati yang tenang dan aman. tak der lah perlu risau sangat kan ? yehaaa



sekadar tatapan..
menjelaskan riak gembira gitu..
:) :) :)


fuhhh!! banyak tak aku membebel ? heee~.
kalau korang rasa cerita aku membebel ni bosan tolong pergi di bahagian tab tu dan tolong klik X tu yae. sangat-sangat di alukan jika korang rasa entah apa-apa je aku merepek dekat sini. aku tak paksa korang untuk dok lepak baca ksah aku di sini. terpulang pada korang. pilihan di tangan korang.. tak gitu ? heeee..