Sabtu, 27 Ogos 2011


perpisahan lagi..

Assalamualaikum.


sudah lama jugak aku tak update blog aku nie.. maaflah sejak kebelakangan nie aku sibuk sangat.. macam-macam yang perlu dibuat. al-maklumlah tanggungjawab perlu dilaksankan jua walaupun sesibuk mana pun. :P

hari ini merupakan hari terakhir aku berjumpa dengan 2 orang cikgu aku yang akan melanjutkan pelajaran dalam MASTER. memang aku tabikkkk dengan cikgu aku yang dua orang ini. seorang cikgu aku yang mengajar aku subjek pengajian perniagaan kertas 1 dan seorang lagi subjek pengajian am kertas 1 juga. Hari ini juga merupakan hari terakhir persekolahan unutk menyambut sambuatan hari raya aidilfitri yang bakal menjelma kelak. Alhamdulillah aku dan kawan aku iaitu hafawati dan farah syazwani berkesempatan memohon maaf kepada guru-guru tingkatan 6 dan kami juga berasa ralat sebab tidak berkesempatan memohon maaf  dengan cikgu yang mengajar pengajian am kertas 1 aku tu.. sungguh ralat! cikgu tu banyak sedarkan aku daripada lamunan aku yang sentiasa berpanjangan dan tiada tanda nokhtanya. Aku bersyukur kerana mendapat guru-guru seperti ini yang sudi dan ikhlas mendidik dan membantu aku dan kawan2 aku yang lain dalam mencapai matlamat kami kelak. Semoga mereka tabah untuk mendidik kami semua. amin

Sabtu, 20 Ogos 2011

terkejut nnyaah...

Assalamualaikum.


sepatutnya cite nie aku buat pada hari khamis lepas tetapi disebabkan tiba-tiba aje blog aku tak boleh nak paparkan entri, maka terpaksalah aku tangguhkan untuk seketika.. *macam haremmmmmmmmm jea*

terkejut nyahh bila guru tingkatan aku pegang tangan kanan aku ketika aku dalam bilik guru tingkatan 6 tu.. masa tu aku baru aje nak keluar dari bilik ue tetapi dihalang pula.. waaaaaaa~ macam ada big problem aje.. sebabnya aku tak pernah langsung kena tahan sebegini rupa apatah lagi benda nie terang-terang buat aku terkejut tau..
guru tingkatan aku pula boleh menanyakan soalan yang bagi aku cukup cepumas ? ya, memang cukup-cukup cepumas bagi aku tau.. huhu..


apa tak nya cikgu aku soal aku da macam aku buat salah yang tak boleh dimaafkan aje, huhu
lepas tu guru tingkatan aku boleh tanya pada aku samada aku sekarang nie sedang bercinta kah ? of course lah aku tak bercinta, cita-cita dan matlamat aku mestilah hancusssss gilew bila aku bercinta sekarang..  
kemudian guru tingkatan aku kata yang aku sekarang nie asyik berkhayal aje di dalam kelas, waaaaaaa~ aku rasa macam ada batu jea yang menghempap jantung aku sekali gus membuatkan aku terasa sesak dada nak menjawab soalan guru tingkatan aku tu.. huahuahuahua.. masa tu pula suara aku da nak tenggelam.. tenggelam ? yup, memang rasa nak tenggelam sebab aku tiba-tiba rasa nak menangis, huhu.. 
disebabkan rasa sesak dada aku boleh ulang semula soalan yang diajukan oleh guru tingkatan aku kepada guru subjek bahasa melayu aku yang kebetulan ada di bilik itu *macam bodoh aje bila mengulangi soalan itu semula, huhu* dan beliau pun mengatakan yang aku memang nampak berkhayal dalam kelas, bila aku dengar aje jawapan yang diperkatakn oleh guru subjek bahasa melayu itu menyebabkan nafas aku turun naik ketika itu... perghhhhhhhhh.. asal cikgu-cikgu yang mengajar aku tiba-tiba nak attack aku ea.. huahuahuahua.. salah ke aku berkhayal dalam kelas ? aku khayal pun sebab aku fikirkan masa depan aku.. bukannya aku khayal sebab lelaki.. kalau betul sekali pun mestilah aku berkhayal akan abah aku yang duduk kat rumah aje.. huhu


disebabkan terkejut pasal hal nie aku menangis dengan tidak sengaja.. huhuhu..
apalah cikgu nie tiba-tiba aje serang aku dengan soalan yang tak terfikir dek akal aku yang sompitttttttt nye..
huh~ geram pulak aku tau.. huahuahuahu..


 

melampau betul baby nie buat muka terkejut..
hahahaha..

p/s:- sorry lah aku tak dapat nak kongsi sebab lain kenapa aku menangis tetapi memang betul aku menangis bila disoal soalan sebegitu.. huhu

Selasa, 16 Ogos 2011

lirik lagu pelengkap hidupku


aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu



* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari



reff:
bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu

peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia



repeat *
repeat reff [2x]

Isnin, 15 Ogos 2011

hari lahir insan tersayang ^_^

Assalamualaikum.


hari nie merupakan hari lahir insan yang tersayang dalam hidup aku..
ce teka, ce teka.. hehehe :P
untuk pengetahuan korang, hari adalah hari lahir arwah ibu aku..
patutlah aku rasa lain macam jea hari nie.. masyaAllah hampir terlupa aku dengan tarikh nie..
aku sedar tarikh nie bila abang aku beritahu aku yang hari nie adalah tarikh lahir arwah ibu aku ..
terkejut aku, aku sedih kerana tahun nie dan tahun2 akan datang aku tidak lagi akan menyambut hari kelahiran nie seperti tahun2 lepas, Ya Allah tempatkanlah roh arwah ibuku dikalangan para solehin dan permudahkanlah segala urusannya disana.. amin


selamat hari lahir mak! sya sayang mak sepenuh hati..
walaupun mak jauh tetapi mak selalu dekat dihati sya..
sya doakan semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa di jannatul naim kelak.. 
insyaAllah.. damailah kau tenang disana wahai ibuku..







Ahad, 14 Ogos 2011

hana tajima


 

Assalamualaikum.

hohoho~
 da tengok video yang aku letak nie ? 
kalau belum pergilah tengok..hehe
ada stail ar akak nie pakai shawl ala-ala hana tajima..
cantik aje bila aku tengok dia pakai stail macam nie..
tapi bila aku buat stail hana tajima tak jadi pulak,, huhu
rupa stail hantu kak limah ada ar, hihi.. 
just kidding.. hahaha


Sabtu, 13 Ogos 2011

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)
Kebiasaannya, bila kita di kurniakannikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?
Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.
Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?
Tepuk dada, tanya Iman.
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)
Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow"
Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.
Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.
alt

Jumaat, 12 Ogos 2011

ARGHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!


hari nie aku tensionnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!
tak sanggup dan tak mampu nak bertahan lagiiiiii....

Khamis, 11 Ogos 2011

Assalamualaikum.


tamat sudah kertas peperiksaan aku untuk bulan nie.. waahhhhh!!!! 
mood happy.. horayyy..
rasa lega sangat bila sudah tamat.. gotcha.. 
tapi belum lega sepenuhnya tau sebab peperiksaan BESAR aku belum berakhir lagi, huhu 
kertas peperiksaan aku untuk hari susah gilew tau! lebih2 lagi kertas peperiksaan pengajian perniagaan kertas 1 dan 2, memang terbaik ar cikgu aku buat soalan macam ue.. 
memang cukup mencabar otak aku nie, huhu
mencabar kah ? susah ada ar, huhu.. da ar baca buku last minute, hoho
kepada adik2 yang terbaca blog aku nie kan jangan ikut sikap belajar macam akak nie tau..
belajar last minute memang tak effective langsung.. hihi..


cakap pasal periksa nie kan, baru aku teringat yang aku akan menempuhi ujian trial pada bulan 9 nie, hahahaha, mik kau sya belajar lah dikau mulai sekarang, huhu..
ue ar orang beri nasihat tak nak dengar, 
nie sekarang amik kau mentelaahlah kau sampai kau muntah..
muntah ? harap2 dapat muntahkan semula ilmu yang aku baca selama nie kat kertas peperiksaan stpm sebenar nanti, amin.. semoga Allah permudahkan untuk aku menjawab kesemua kertas stpm kelak..  :P




naik juling mata macam nie..
hohoho..


macam nie cara aku belajar selama nie tau..
hahahaha...
patutlah tensiooooonn aje..
hihihi...
jangan percaya tau rekaan semata-mata..
:B

Rabu, 10 Ogos 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulillah, 
hati aku gembira dan bahagia bila aku melihat kawan2 aku gembira..
cahaya kegembiraan mereka jelas sekali di pandangan mata aku..
berbunga-bunga hati aku melihat kegembiraan mereka itu..
bila melihat kegembiraan mereka hati aku tiba-tiba rasa tersayu pula, 
sayu ? kenapa eh ? hurm~ pelik,pelik, pelik..


comelnya senyumannya..
i like it !!
:)

Isnin, 8 Ogos 2011

Assalamualaikum.


minggu peperiksaan datang lagi, huahuahua..
nak menangis boleh tak ? huhu..
sedihnya.. tiap kali minggu peperiksaan otak aku akan mula jam yang teramat sangat..
dah tak boleh ingat banyak2 sangat.. automatik akan jadi tepu gilew.. benda  nie buat aku takut yang teramat sangat.. :(
apa tak nya peperiksaan besar makin hampir tau, satu benda pun aku tak boleh ingat lagi, kalau boleh pun hanya untuk sementara aje,, Ya Allah bantulah aku..
kadang2 benda nie buat aku fikir macam aku nie ada sakit amnesia pulak,, huhu..
mintak dijauhkan segala, nauzubillahminzaliq tau.. >.<


p/s:-korang2 tolong doakan aku agar aku lulus dalam peperiksaan kali nie dan doakan aku juga supaya Allah permudahkan aku dalam mengingatkan semua ilmu yang telah aku mentelaah selama nie.. 
Assalamualaikum.





minggu peperiksaan datang lagi, huahuahua..
nak menangissssssss ese macam nie =.= *gediksssssss siot minah sewel nie* hehehe
gedikssss tak gediksss tu lain cite, hehehe.. yang pentingnya bila tibanya minggu peperiksaan otak aku akan tepu tahap apa pun aku sendiri pun tak tau.. huhu dan maka datanglah sakit yang kerap dan sebati dengan minda aku yang tak seberapa nie, gaya da macam nak buat adunan kek pulak, kihkih... 
sakit  migrain yang melampau dah mula menyerang ganas, huhu >.<  
nak lari boleh tak ? lari daripada menjawab peperiksaan ue, hehehe.. * just kidding*


p/s:- korang2 tolong doakan supaya aku dapat menjawab kertas peperiksaan kali nie dengan tenang dan  berkeyakinan ea dan doakan semoga aku dapat memperolehi pointer yang aku inginkan itu.. amin


bye,
O.O







Ahad, 7 Ogos 2011

laparnya!!!!!!!!!

MasyaAllah, jam baru aje mencecah pukul 6.25 petang. 
perut aku da berkeroncong segala.. haisssshhhhhhh..
lapar gilew tau.. huhuhu
bau aroma makanan menguggat keimanan aku,
fulamakkkkkkkkk, bergegar jantung aku macam nie.. hehehe :P
wahai iman sabarlah dikau, 
kerana dengan kesabaran itu juga mengajar aku untuk menghargainya..

kenapa macam nie lagi ?

Assalamualaikum..
semoga sinar ramadhan pada hari nie membawa kegembiraan kepada kita semua.. amin


bulan nie aku asyik menangis aje, aku pun tak tahu sebab mengapa mudah sangat aku nak menangis, 
manik-manik air mata aku akan laju berderas bila aku menadahkan tangan untuk berdoa dihadapan Allah s.w.t..
hati aku pula turun merintih hebat..
kenapa macam nie lagi ? aku da berjanji tidak akan menangis lagi, lagi dan lagi..
sabarlah wahai hatiku, semoga kau turut tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh dengan pancaroba nie dan semoga kau juga kuat ea hati !!


kalau korang nak tau, bulan nie jugak merupakan bulan kelahiran insan yang aku cintai..
nak tau siapakah gerangannya, tunggu pada entri yang akan datang, hehehe.. :P




Sesungguhnya Allah amat menyukai kepada umat-umatnya yang sabar dan reda serta ikhlas di atas segala musibah yang dialami oleh umatnya itu. 


Wasalam 
O.O

Tuhan bantulah aku !!!!!!!

Salam ya ramadhan..


kenapa aku rasa hati aku tiba-tiba sesak ? 
apakah rasa nie yang bakal membuatkan aku rasa tidak selesa dan takut....
kenapa mesti rasa sebegini yang perlu datang di saat aku sedang kekusutan..
apakah Engkau bakal memberikan aku musibah selepas nie Ya Allah, 


bantulah aku Ya Allah,
bantulah aku dalam diriku yang sedang berada dalam keadaan kusut nie Ya Allah,
bantulah aku supaya hati dan imanku kuat untuk menempuhi dugaan dan ujian dari-Mu itu,
bantulah aku dalam aku mengejar matlamatku..
dan bantulah aku dalam mengawal kata-kata syaitan yang membuatkan aku lalai kepada-Mu..





Khamis, 4 Ogos 2011

Mahabbah Nur Ilahi


alt    Ku mencari cinta nan suci,
Tanpa pengaruh nafsu duniawi,
Terasa sukar jalan yang ditempuhi,
Penuh liku dan onak duri.
Sudah lama ku mencari-cari,
Cinta yang suci tidak bertepi,
Setelah lama ku menghausi,
Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati.
Ya Allah, cinta-Mu,
Sungguh indah dan syahdu,
Ya Rahman, Kasih-Mu,
Mencairkan hatiku yang keras dan kaku.
Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini,
Dingin mengalir bagai dibasahi,
Ku cuba dekati, dan ku pasti,
Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi.
Ya Allah, redha-Mu ku cuba suluhi,
Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti,
Moga redha-Mu mengiringi roh ini,
Menerusi cahaya mahabbah Ilahi...

Al-Mizan Cinta dan Cita-Cita

alt
"Cintaku 
bukan di atas kertas,
cintaku getaran yang sama,
tak perlu dipaksa, tak perlu dicari,
kerna ku yakin ada jawabnya."
Tutuplah kelopak mata dan selamilah pengertian sedalam lautan kalimah CINTA. Dengarkanlah setiap rentak dalam nalurimu apabila ungkapan romantis CINTA dituturkan, saat tangis seakan gerimis, saat jiwa seakan berduka dan saat hati seakan sunyi. Benarkah kata orang CINTA tidak punya mata tapi hanya ada hati.
Kebanyakan kita mentafsir cinta dengan membayangkan sepasang kekasih, tersimpul dalam ikatan kasih sayang, mengalir sederas aliran di detak rindu, berbenih dan berbunga di telaga sukma. Hakikatnya, CINTA adalah ungkapan yang bukan sekadar ungkapan. CINTA adalah sebuah anugerah yang nilainya bukan segunung waima selautan emas sekalipun. Yakinlah, suburnya keimanan, teguhnya kepercayaan dan tulusnya kehambaan adalah kerana wujudnya CINTA.
Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia  mengasihi dirinya sendiri."
CITA-CITA adalah garapan impian dan harapan seseorang akan masa depannya. Motivasi paling setia dalam rangka sebuah kejayaan, pembakar semangat kental dalam menapak maju kehadapan. Sebuah eskalator termaju dalam pencarian erti kehidupan sebenar. Insan tanpa CITA-CITA, ibarat aliran air dari pergunungan menuju ke dataran rendah. Terus mengalir namun tiada pedoman arah tujunya. CITA-CITA adalah ibarat sebuah bangunan, terbina dari susunan batu-bata kekentalan, tercantum dengan simen pengetahuan dan terteguh dengan pasir keyakinan. CITA-CITA bukanlah hanya ingin menjadi ternama, mempunyai prospek kerjaya mahupun menjadi usahawan berjaya, namun CITA-CITA tertinggi adalah menggapai keredaan Illahi duniawi juga ukhrawi.
Renungilah, apakah wujud al-Mizan CINTA dan CITA-CITA? Perlukah CINTA itu dipisahkan dengan CITA-CITA? Mampukah CITA-CITA itu dipertahankan tanpa sebuah CINTA? Haruskah CINTA itu hadir setelah diperoleh CITA-CITA?
Percayalah, CINTA dan CITA-CITA adalah dua komponen yang seiring landas geraknya, saling melengkapi dalam memperteguh matlamat keduanya. Ibarat perlunya malam kepada siang, signifikannya suami kepada isteri dan hadirnya cahaya dalam kegelapan.
Dalam travelog CITA-CITA, kita perlukan kekuatan, menahan segala dugaan dan rintangan yang bukan sedikit cuma. Dan, hadirnya CINTA sebagai sumur dalam perjuangan.
Sebab itulah perlu ditegaskan bahawa pengertian CINTA itu luas lingkup tafsirannya. Rahmat Allah adalah CINTA buat  kita, kasih sayang ibu bapa adalah CINTA buat kita, sokongan sahabat-sahabat adalah CINTA juga buat kita. Mustahillah, bagi kita andai dikatakan semua ini tidak perlu dalam mengejar kemurniaan CITA-CITA. CINTA adalah teman setia CITA-CITA. Raja kepada CINTA ini adalah hati yang dijalin atas nama Maha Pencipta.
Oleh itu, fikirlah tentang al-Mizan CINTA dan CITA-CITA. Yang halus timbangannya, atas reda Allah CINTA dan CITA-CITA bersatu. Walaupun siapa kita, tanah mana kita berpijak dan langit mana kita bernaung, janganlah sesekali kita pisahkan keduanya. Moga atas jambatan CINTA Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah, CITA-CITA yang digarap atas nama CINTANYA mampu digapai dalam inayahnya.

Cinta Islamik?


alt
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.