Isnin, 25 Julai 2011

Ramadan dan kebangkitan umat

Assalamualaikum.
 Hari nie aku nak kongsi sedikit tentang bulan ramadan. jom layan meyh.. =)


"Hai orang-orang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sepertimana telah diwajib mereka sebelum kamu, agar kamu beroleh taqwa". Ayat 183 surah al-Baqarah ini menetapkan objektif puasa ialah taqwa. Taqwa adalah penentu untuk berubah sikap, tindakan, perjuangan dan matlamat hidup. Periksalah taqwa setelah selesai ramadan.


Dua perkara dalam ramadan.

  • Dua perkara besar ada di dalam ramadan adalah penurunan ( nuzul ) al-Quran dan puasa. Kedua-dua perkara itu tidak dpat dipisahkan seumpamanya seperti gula dan manis.
  • Ayat 185 surah al-Baqarah menjelaskan bahawa al-Quran mula diturun pada bulan ramadan, sebagai petunjuk kepada manusia. Sesiapa yang bertemu ramadan hendaklah dia berpuasa, sebagai ulang tahun penurunan al-Quran.
  • Persoalannya pertama kenapa perlu diisyariatkan menyambur ulang tahun nuzul al-Quran ? tidak lain supaya manusia terus menerus sedar bahawa al-Quran membawa visi dan misi ynag agung untuk manusia. Persoalannya kedua ialah kenapa puasa dipilih oleh Allah sebagai cara sambutan ? Lebih-lebih lagi ramadan, yang dari asal perkataan "panas", berkelaziman bulan yang panas diwajibkan berpuasa. Tidak lain untuk melatih mukmin ketahanan fizikal, jiwa dan minda untuk melaksanakan syariat Allah.
  • Saum (puasa) bererti "menahan keinginan". Keinginan yang halal ditahan antara subuh hingga maghrib, apatah lagi keinginan yang makruh dan haram. Ini adalah latihan mengawal nafsu agar rendah diri kepada Allah, sebagai persediaan besar untuk pengabdiaan diri kepada Allah .
  Ramadan disambut serentak di seluruh alam.
  •  Ramadan adalah ibadah satu bulan serentak sedunia dan sealam. Cara penetapan waktunya adalah terikat pada hukum alam, iaitu kemunculan hilal ramadan. Keseragaman ini sahaja sudah menampakkan keagungan ibadah ini pada jiwa muslim dan bukan muslim, iaitu syariat islam di bumi berkaitan dengan alam buana, syariat islam adalah mesra universal.
  • Keadaan planet dan galaksi menentukan bila mukmin memulakan puasa. Sebergitulah ibadah dan perlakuan seorang mukmin berkaitan dengan langit. Ini meliputi tanda masuk waktu solat yang memestikan berpandu pada langit dan matahari. Arah tawaf juga menurut arah bumi mengelilingi matahari, sama seperti arah kitaran arah dalam jasad manusia. Ramadan disambut juga oleh penghuni langit. Para malaikat ditugaskan mencari mereka yang mengintai-gintai malam Lailatul Qadar. Syurga juga ditingkatkan hiasannya pada setiap ramadan.
     Pakej ibadah ramadan
  • Kedapatan lapan amal dalam pakej ramadan selain daripada berlapar, untuk menjinakkan nafsu. Ini termasuk terawih, mengintai malam Lailatul Qadar, iktikaf, sedekah, zakat fitrah, tilawah al-Quran memberi makan berbuka puasa dab berbanyakkan nawafi.
  • Telah disyariatkan bahawa setiap ibadat ada rukun dan adab. Rukun adalah zahir. Manakala adab adalah perkara-perkara yang lebih kepada software amal tersebut.
  • Rukun puasa cuma dua iaitu niat dan menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum. Namun adab puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara dosa dan rendah maruah yang diperbuat oleh pancaindera dan lintasan hati dan menggantikan dengan aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah.
  • Perbuatan yang merendahkan martabat termasuk mengumpat, berbual kosong, membuang masa, mendedahkan aurat, berbuka dengan makanan haram, berbuka dengan mewah dan banyak tidur pada siang hari.
  Tiga strategi mengubah keperibadian
  • Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyebut bahawa tiga strategi mengubah keperibadian menerusi ramadan. Pertama ialah mengubah amalan banyak makan dan minum ( fudhul at toam wa syaraab ). Kedua ialah mengubah amalan banyak tidur dan bermalasan ( fudhul an-naum ). Ketiga ialah amalan berlebihan bergaul dengan manusia ( fudhul mukhallatoh an-anaam ).
  • Yang pertama diubah dengan berlapar dan sederhana makan semasa berbka. Kedua diubah dengan menyederhanakan tidur, agar boleh bangun makan untuk ibadah tambahan sebelum sahur. Ketika diubah i'tikaaf iaitu menyendirikan diri di dalam masjid.
  • Jika dilakukan lapan amalan serta tiga strategi itu seseorang mukmin akan berubah ke arah kebersihan hati dan menjadi lebih produktif dunia dan akhirat. Memang dimaklumi bahawa yang kesentiasaan kenyang mudah menyombong kepada Allah dan manusia, yang suka ketiduran dan kesantaian menyahkan perjuangan dan banyak melepak sama ada tua atau remaja mudah dijangkiti dan mengjangkitkan virus kejahata.
 Mudah-mudahan kita beroleh manfaat selepas membaca artikel nie.. 
waallahualam.. 
salam mubarak al-ramadhan..