Khamis, 30 Januari 2014

fesyen oh fesyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini aku tengok perubahan fesyen makin berkembang. Tidak kiralah dari segi corak, fabrik, warna pada pakaian serta seluar mahupun pada koleksi-koleksi tudung juga mengalami " transformasi " atau dalam erti kata lain perubahan. Tidak ketinggalan juga pada tudung bawal yang turut mengalami era transformasinya.  Macam aku yang semangnya peminat  pada tudung bawal turut merasai perubahan tau. Haish, kadang-kadang aku pelik kenapalah manusia ini ekstrem sangat dengan fesyen terkini. Oppss, aku bukan anti fesyen babe. Tak banyak tahu tentang fesyen yang makin berkembang sekarang ini tidak bermakna aku tak tahu berfesyen kan. Tak gitu awok ?  

Aku bukan apalah, saja nak membebel-bebel dekat blog lapuk tentang isu fesyen. Itu bermaksud aku prihatin dengan fesyen terkini. Terus-terang aku katakan ketaksubaan seseorang untuk menggayakan pakaian, seluar dan tudung atau selendang bagi kaum hawa agak keterlaluan di mata aku. Boleh berpinar mata aku melihatnya. Aku bukan nak mengutuk kaw-kaw lah. Cuma seperti apa yang aku katakan tadi. Aku prihatin jer. Mahu tak berpinar kan ? 

Isu yang pertama, sebabnya cubalah korang bayangkan kalau dah pakai baju yang banyak coraknya , tidak perlulah memakai tudung atau selendang yang sarat dengan corak jugakan. Cukuplah digantikkan dengan warna tudung yang kosong sahaja. Barulah elok sedikit mata melihatnya. seperti kata orang tua-tua, sejuk mata memandangnya. hehe

Isu kedua pula, ketaksuban memakai warna baju atau seluar dengan warna yang agak terang. 
 Sebagai contohnya ialah warna yang agak popular di pemerhatian mata aku adalah  warna " green stricking " dan " pink stricking "  untuk pada pakianlah. Kalau dahulu warna pada seluar banyak tertumpu pada biru, hitam, coklat cair dan gelap, kelabu dan putih. Tetapi sekarang warna-warna seluar seperti biru firus, merah, kuning, dan sebagainya boleh di pilih mana satu yang kita suka. Aduyai, kalau nak di lihat betul-betul kita terlalu mudah mengikut-ikut gaya fesyen terkini. Katannya, inilah baru namanya trend. agak-agaknyalah kalau korang jumpa manusia yang menggunakan warna-warna sebegitu boleh dapat rabun warna tak ?
 haha... pandai-pandailah cari jawapannya sendiri. 
.
Bukannya nak kutuk kaw-kaw dengan cara pemakaian dan fesyen orang yang aku lihat itu. Pentingnya yang aku mahu katakan ialah kena bijak memilih gaya-gaya fesyen terkini. Kemas kinikan diri tentang cara pemilihan fesyen yang betul dengan memperbanyakkan pembacaan di majalah-majalah fesyen. Kalau malas sangat, bukalah enchik google. tak gitu awok ? Jauhkan diri daripada menjadi mangsa fesyen. Nak bergaya boleh babe, cuma berwaspadalah sahaja. begitu juga tak bermakna berbelanja mahal nampak bergaya saja. bagi aku berbelanja dengan nilai murah asal berkualiti mampu menampakkan seseorang pemakai itu nampak lebih class fesyennya. hehe :)

Perubahan pada pakaian muslimah untuk kaum hawa yang bertudung juga turut mengalami perubahan. Palazo, skirt kembang, skirt kembang kaki duyung, dress, dan sebagainya merupakan fesyen terkini yang di alami. Isu ni aku tak mahu kupas banyak-banyak. Apa yang penting sebelum membeli itu pastikan ianya menepati syariat islam. Tidak terlalu nipis, jarang, sendat, dan seumpama dengannya. 

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "

 Tanpa kita sedar perubahan pada fesyen telah meracuni fikiran dan minda kita. Mudahnya pengaruh barat di jadikan rujukan terkini untuk kita. Fesyen oh fesyen. Akhir sekali, kata-kata aku adalah jadi pengguna yang peka dan bijak dalam memilih gaya fesyen terkini. Jangan pakai asal boleh saja. Sebaik-baiknya ukur baju di badan sediri. Nasihat pada diri sendiri juga dan berdoa agar tidak menjadi " mangsa fesyen yang ekstrem ". 


Isnin, 6 Januari 2014

azam baharu

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.

Alhamdulillah .. alhamdulillah.. alhamdulillah.. 
syukur ke hadrat Illahi kerana berpeluang untuk  melangkah ke tahun yang baharu.. 
maka seterusnya akan bermulalah suatu lembaran kisah hidup yang baharu. 
Selamat Datang Tahun 2014. 
Aku mengharapkan agar tahun ini mampu memberikan aku pelbagai kisah cerita baik suka , 
duka, ketawa, ceria agar mampu aku laluinya dengan hati yang berlapang dada. 

Hari berlalu begitu pantas sekali. Berlalunya itu bagai angin bayu menyapa ombak.
Tahun berganti tahun. Begitu juga dengan azam yang kerap kali bertukar ganti.
 Tetapi untuk azam tahun ini aku berharap mampu untuk menunaikannya dengan sebaik mungkin kerana itulah yang aku hajati. Moga-moga aku dapat perolehnya. Amin ya rabbal'alamin.

Ini senarai azam yang ingin aku kecapi, insyaallah. Semoga Allah tetapkan niat di hatiku

1. tingkatkan amalan ibadah..
2. selalu berfikiran positif...
3. simpan duit banyak-banyak.. 
4. kerja dengan lebih keras dan tenang..
5. kawal sifat marah.. 
6. jadi lebih matang dan bijak dalam membuat sebarang keputusan.. 
7. lebih rajin dan kreativiti.. ( sifat malos banyok sangat.. huhu ) 

Usia pun sudah ke hadapan. Seharusnya kena lebih matang kan ?  
tetapi sifat nakal usah di ketepikan jua.. hehehe..
 bak kata orang, dalam matang ada nakalnya jugak.. hihi :)

SELAMAT TAHUN BARU aku ucapkan kepada anda-anda semua.