Jumaat, 31 Mei 2013

Jawapan itu ada padaMu

Assalamualaikum w.b.t.

Salam jumaat aku ucapkan kepada orang yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Sebenarnya aku tak ada benda dan idea yang mahu di ceritaka di sini cuma entah kenapa aku rasa macam terpanggil untuk menaip dan melanggut depan komputer aku ni.

 dalam sedar tanpa sedar aku seringkali berasa gelisah dan hampa. aku tiada jawapan yang tepat kepada dua persoalan tersebut. hati dan minda aku juga kadangkala bagai tidak mampu mencerna dan berfikir dengan seadilnya. mudah cerita tak mampu nak dihadam. nak kata aku berangan macam tiada sebab kukuh untuk aku berangan. takkan kot aku berangan nak naik pelamin kot.. hehehe.. gurau haa~. hati pula rasa kosong.. * dah macam lagu najwa latif~ kosong.. kosong.. kosong.. hehe * rasa sunyi usah katakanlah.. memang sunyi walaupun orang yang aku sayang dan rindu ada jelas di di sampingku. 


pelik.. pelik.. pelik.. 


perkara ini sering kali membolak-balikkan perasaan aku yang gemar sangat gelisah.. bila persoalan itu datang hati aku jadi lagi bertambah gelisah semacam. bukannya aku tak berdoa dan melakukan sewaktu dengannya. tetapi entahlah.. bukan mahu menolak takdir yang sudah Dia tetapkan itu cuma kadangkala aku mengeluh nipis aje. 

Ya Allah, seringkali aku berdoa dan merintih di dalam doaku..
membuak-buak doa-doa yang aku lantunkan kepadaMu hinggakan tanpa sedar lama aku duduk bersimpuh di tikar sejadah itu..
Ya Allah, Kau cicipkalah kekuatan dan ketabahan untuk aku, agar aku reda dan ikhlas akan apa yang bakal dan telah Engkau berikan kepadaku..
berikan jua nikmat ketenangan di dalam hatiku..
biaskan jua nikmat senyuman di wajahku agar aku sentiasa belajar bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan untukku..
Ya Allah, jika benarlah hatiku ini rasa kosong dan kesunyian, aku bermohon agar Engkau pandukanlah hatiku ini agar tetap berada di jalanMu..
bantulah aku dalam melengkapi kekosongan dan kesunyian yang melanda hatiku itu..
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui akan apa yang terbaik untuk hambaMu ini..




Selasa, 21 Mei 2013

Ohaiii~ geramnya !!!



Assalamualaikum w.b.t

Jarang benar aku berjumpa dengan manusia yang penuh dengan sarskatik.. ego.. benci.. psiko.. arggh!! Senang kata cukup pakej ada dalam diri dia tu. lebih geram bila hati rasa sakit yang amat sangat. Rasa macam nak bagi penumbuk sulong aje hinggap dekat muka orang yang buat aku marah tu. tak padan dengan umur yang dah meningkat.. gatal merenyam.. hello!! ingat aku hadap sangat dengan jawatan kau yang boleh di katakan besar dekat situ. sikit pun aku tak heran ar. bukan nak cakap besar ar.. memang tu hakikatnya.. memang aku tak hadap pun dengan jawatan berpangkat besar bagai.. 





urggghh!!! sakit hati, sentap semua ada.. sampaikan tak pernah-pernah aku menangis mengila akibat tekanan daripada orang tua tu.. huargh!!! geram, geram, geram.. tapi kan yang tak boleh blah pulak sempat seorang akak yang aku rapat tu buat lawak depan aku. orang sedang menangis tersendu-sendu sampai merah muka.. # emosi tahap gaban ketika itu.. huhu # boleh dia cakap macam nie dengan aku:-

akak : geram pulak akak tengok bulu mata sya tu.. dah lah melentik.. cantik pulak bila menangis.. 
aku : kebluran sangat jelas di muka aku ketika itu.. hahaha~ sangat kelakar kot rasanya.. # bila dengar akak tu cakap sebegitu depan aku rasa macam nak muntah hijau pulak.. melebih sungguh akak tu buat lawak.. huhu #.

ok. abaikan aja dialog akak tu.. rasa macam over aje kan ? tapi itu lah realitinya. oh.. oh.. OMGeee~ Orang tua tu memang sengaja buat aku marah dan benci dekat dia meluap-luap.. tak mengapa.. hari tersebut kau buat aku akan aku bersabar aje.. mungkin kerana aku sedang berpuasa ketika itu.. # tapi di hari tersebut aku rasa macam dianiaya pulak ? haishh~ # tapi tak perlu di risaukan sebab Allah tu Maha Menilai hamba-hambanya... aku percaya dengan janji Allah itu. 

Ahad, 12 Mei 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

beberapa hari lepas aku dengar lagu Umi oleh Dato Shake yang di putarkan oleh radio hot fm.. dengar dan terus mendengar tiba-tiba aje menitis air mata tanpa sedar.. Ya Allah. rindunya aku dengan arwah bonda tercinta. 

untuk korang yang masih ada wanita yang bergelar ibu, umi, mama, mummy, bonda dan sewaktu dengannya hargailah insan tersebut. Insan yang bergelar ibu itu cukup kuat sifat kasih dan sayangnya kepada anak-anaknya. Di anugerahkan dengan sifat yang tabah dalam membesarkan anak-anaknya.. memiliki ketulusan hati yang mulus dalam mendidik anak-anaknya.. sanggup mengorbankan banyak masa dalam rutin hariannya semata-mata mahu mendidik, menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan sebaik mungkin selaras dengan anugerah Illahi yang tidak ternilai untuknya itu. Hargailah mereka.. sayangilah mereka sekiranya mereka masih berada dengan kita. Luangkan sedikit masa untuk mereka.. ( kalau banyak pun tak apa.. bukannya luak pun masa yang ada tu.. hehe ) 

Ya Allah, Engkau ampunkan dosa ibuku di sepanjang hayatnya..
Engkau ampunkan jua dosa yang aku lakukan di sepanjang hayatnya..
tempatkanlah arwah ibuku di kalangan orang-orang beriman serta di kalangan para solihin dan solehah..
permudahkanlah segala urusannya di alamMu itu..
Engkau cucurilah rahmat ke atasnya.. amin ya rabbal'amin
    
Doaku sentiasa mengiringimu wahai bondaku.. Insyaallah dengan IzinNya



Khamis, 9 Mei 2013

Doaku..

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah,kau jagakanlah imanku..
Ya Allah, Kau kuatkan hatiku..
Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan di dalam hati dan mindaku..
Ya Allah, pandukanlah hati dan jiwa ku agar aku terus dan mampu beristiqomah di jalanMu..

Ya Allah, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat..
Ya Allah, berikanlah jua aku kejayaan yang besar..
Ya Allah, Kau berikanlah aku rezekiMu yang luas itu..
Ya Allah, kau lapangkanlah juga dadaku dengan selalu mengingatiMu..

Ya Allah, tetapkanlah niatku yang satu ini di jalanMu..
bantulah aku dalam menuju jalan keredhaanMu..
Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sering alpa, lalai, khilaf dan culas dalam melaksanakan tanggunggawabku kepada arahan dan perintahMu itu..
Bantulah aku dalam mencari cinta hakikiMu.. 




Dealova



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: 
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada



Mood: layan jiwang.. kuikui