Rabu, 10 Oktober 2012

Kalau Memang Harus Begitu

Assalamualaikum semua.

kali nie aku nak kongsi sedikit akan satu karya yang aku suka membacanya. karya-karya yang di hasilkan oleh penulis nie cukup santai dan bagi aku setiap ayat yang di gunakan dalam karya-karyanya adalah mudah untuk di fahami. bahkan membuatkan mood mengantuk yang ada terus terasa segar-bugar. novel karya Acik Lana iaitu Kalau Memang Harus Begitu merupakan salah satu koleksi terbaru yang ada dalam koleksi novel kesukaanku. 

SINOPSIS

Zidan Adiputra... seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan menjadi buruan gadis-gadis yang menggilainya. Kerana itu, dia merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang "Tuan Putera". Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Tetapi dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun, hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra.

Umpama air dengan minyak, mana mungkin dua hati yang saling membenci bisa bersatu. Namun, kemunculan Riyad yang berjaya melakukan make over kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Adra sehingga dia sanggup berebut menghantar pinangan ke ru mah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan di simpul erat dengan ikatan perkahwinna. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika perlu memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?




perjalanan hubungan yang di bina membawa pelbagai kisah di antara Zidan dengan Adara. sama cantik sama padan bila di ikat dalam sebuah ikatan perkahwinan yang sah dan halal. di situ cinta mereka mekar dan kasih yang ada di antara mereka berdua kembang bagai di semai dengan baja.. kalau begitu, apa lagi dapatkan buku ini di pasaran. terhangat di kedai buku lagi. alhamdulilllah buku nie sebenarnya baru di beli tetapi dapat di habiskan dengan satu hari sahaja. kalau dah minat dengan novel memang tak boleh kata apa ler.. hihi :)