Sabtu, 1 Oktober 2011

selamat datang oktober !!

Assalamualaikum..
selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda..


Syukur aku kepada Allah s.w.t kerana tidak putus-putus memberi ujian kepada diri aku ini.. walaupun keperitan dan kesedihan menjengah ke dalam hati aku tetapi setakat nie aku kuat untuk menghadapi ujian itu. Terima kasih Ya Allah kerana menguji diriku nie.


kini berakhir sudah bulan september. bulan yang melihatkan akan kesusahan diriku dalam menghadapi peperiksaan percubaan stpm dan kesedihanku akan sesebuah perkara yang mencengkam jauh di sudut hatiku. Alhamdulillah, aku kini masih kuat untuk menerima segala-galanya yang telah tertulis untukku itu.. 


bulan september telah mengajar aku erti kepayahan. yup! kepayahan yang membuatkan aku untuk terus berusaha keras untuk mengapai matlamat aku. matlamat yang bakal mengubah hidupku. InsyaAllah. =) 
aku berharap kedatangan bulan oktober nie mampu memberi nafas dan sinar baru untuk aku bangkit mengenggam impianku. semoga Allah permudahkann segalan urusanku itu. amin