Sabtu, 27 Ogos 2011

perpisahan lagi..

Assalamualaikum.


sudah lama jugak aku tak update blog aku nie.. maaflah sejak kebelakangan nie aku sibuk sangat.. macam-macam yang perlu dibuat. al-maklumlah tanggungjawab perlu dilaksankan jua walaupun sesibuk mana pun. :P

hari ini merupakan hari terakhir aku berjumpa dengan 2 orang cikgu aku yang akan melanjutkan pelajaran dalam MASTER. memang aku tabikkkk dengan cikgu aku yang dua orang ini. seorang cikgu aku yang mengajar aku subjek pengajian perniagaan kertas 1 dan seorang lagi subjek pengajian am kertas 1 juga. Hari ini juga merupakan hari terakhir persekolahan unutk menyambut sambuatan hari raya aidilfitri yang bakal menjelma kelak. Alhamdulillah aku dan kawan aku iaitu hafawati dan farah syazwani berkesempatan memohon maaf kepada guru-guru tingkatan 6 dan kami juga berasa ralat sebab tidak berkesempatan memohon maaf  dengan cikgu yang mengajar pengajian am kertas 1 aku tu.. sungguh ralat! cikgu tu banyak sedarkan aku daripada lamunan aku yang sentiasa berpanjangan dan tiada tanda nokhtanya. Aku bersyukur kerana mendapat guru-guru seperti ini yang sudi dan ikhlas mendidik dan membantu aku dan kawan2 aku yang lain dalam mencapai matlamat kami kelak. Semoga mereka tabah untuk mendidik kami semua. amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan