" oh tuhanku..
tiada indah di malam yang ini..
melainkan dengan bermunajat kepadamu..
tiada indah suatu hari yang aku lalui..
kecuali dengan patuh kepadamu.. ''
petikan lagu dari devotees: Tika dini hari.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
bila sahaja aku membuka lagu ini di laptop aku.. hati aku bagaikan tersayat-sayat dengan liriknya. tambah pula dengan ujian yang masih tidak putus-putus untuk diri aku. mulalah hati ini berasa ingin menangis mengenangkan diri, serta dosa-dosa, masalah yang berlaku di sekeliling dirku serta dengan ujian yang tidak putus-putus daripada-Nya itu. tanpa sedar aku terfikir akan sesuatu yang di luar fikiran dan kemampuanku sendiri. Astarghfirullahalazim . semoga Allah tetapkan iman di hatiku.
beberapa hari lepas aku asyik teringatkan sesuatu yang dekat dan hampir dengan diriku. perkara tersebut membuatkan air mata aku mudah sahaja untuk mengalir. di kala itu juga hati aku bagaikan direntap dan disiat-siat. hancur luluh hati aku bila tiba-tiba teringatkan hal yang aku mahu belajar untuk melupakannya. tidak sanggup rasanya membiarkan air mata ini menjadi sia-sia.. tidak mahu lagi membiarkan hati aku sakit.. aku kini cuba untuk melupakan hal-hal yang membuatkan aku menangis kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan