Ahad, 17 April 2011

Bersabarlah wahai insan yang sedang menderita

Buat sahabat yang sedang diuji..
Bersabarlah..
Bukan Tuhan tidak tahu resah gelisah, luka duka, hancur luluh, perit pedih yang sedang engkau tanggungi.
Bukan Tuhan tidak tahu kesengsaraan yang terpaksa engkau galasi.
Bukan Tuhan tidak tahu kesedihan di dalam dadamu..
Bukan Tuhan tidak tahu betapa banyaknya airmata yang mengalir dipipimu.

Sesungguhnya Dia lebih mengetahui dan Maha Mengetahui.
Bersabarlah..
Percayalah dan yakinilah..
Dia ada rahsia-Nya yang tersendiri.
Dia ada perancangan-Nya yang tertentu.
Kita cuma hamba.
Semoga dengan ujian dan dugaan ini..
Menambahkan lagi rasa kasih dan kecintaan kita kepada-Nya..
Buat semua sahabat yang sedang diuji..
Bersabarlah kerana bersabar adalah kunci ketabahan untuk kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan