Sabtu, 30 April 2011

suka sangat-sangat

Assalamualaikum..

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kekasih Allah s.w.t. dan sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah minggu nie sya sering mendapat khabar gembira. Tidak kira daripada kawan-kawan, guru-guru mahupun daripada keluarga sendiri.. selepas berhempas pulas dalam peperiksaan PK2 hari itu akhinya pointer peperiksaan sya hari itu naik dengan mendadak berbanding dengan pointer PK1 pada dua bulan lepas.. amin..  sebenarnya sya tak percaya yang pointer sya akan naik sebegitu tetapi apa yang boleh sya katakan di sini sya hanya memberi fokus dalam pengajaran cikgu di dalam kelas. Apa yang dikatakan oleh guru akan sya catat dalam kertas kerana amalan mencatat ini sudah sebati dalam diri sya sejak di sekolah rendah lagi iaitu di waktu darjah 6 lagi. Amalan mencatat sya teruskan hingga sekarang kerana apabila sya mencatat sedikit sebanyak telah mengingatkan sya akan guru sya yang menggalakkan amalan mencatat nie iaitu teacher Hajah Mariamah yang merupakan guru bahasa inggeris semasa sy di darjah 6. Teacher hajah mariamah nie baik dan rapat dengan sya.. hurmm.. tiba-tiba rindu pulak zaman persekolahan di sekolah rendah dan di sekolah menengah kesayangan sya itu.
tentang akan khabar gembira itu apa yang boleh sya kongsikan di sini hanya kenaikan pointer sya itu jea yang lain-lain tak boleh.. hehehe..
Apa-apa pun sya bersyukr ke hadrat Allah keran memberikan sya di atas kejayaan dalam peperiksaan kali ini..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan