Khamis, 30 Jun 2011

Tujuh Perkara Perlu Dalam Berkawan

 
  1. Etika bergurau senda dengan seorang kawan, jangan berlebihan sehingga anda menyakiti, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu; elakkan lawak yang melibatkan peribadi. Pilihlah masa dan situasi apabila ingin bergurau. Kadangkala gurauan kita boleh menghiris hati dan perasaan kawan kita tanpa kita sedar.
  2. Jangan terlalu celupar. Mengkritik boleh tapi awas pertuturan dan tingkah laku. Seorang ciri kawan yang baik adalah dia sentiasa membantu kita untuk menjadi yang terbaik. Yang salah tetap kata salah. Yang betul tetap betul. Jadi, jika ingin mengkritik dan memberi nasihat, lihat diri sendiri dahulu, dan fikirkan pendekatan terbaik.
  3. Elakkan diri dari terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat kawan anda seperti keluarga, suami atau isteri. Terlalu membiarkan diri terbabit dengan hal peribadi boleh membawa diri kita dalam kancah kekecohan dan akan timbul isu 'orang ketiga'.
  4. Simpan rahsia kawan anda, elakkan dirinya diaibkan disebabkan anda. Rahsia tetap rahsia. Jangan dedahkan walaupun sedikit. Ia tanda amanah yang harus anda pegang.
  5. Terima kelebihan dan kekurangan kawan anda. Jangan dengki dengan kelebihannya dan jangan pula mengejek kerana kekurangannya. Malah, anda boleh menjalinkan persahabatan yang kuat dengan membuat sesuatu dengan kelebihannya, dan mengelakkan melakukan sesuatu yang boleh menyentuh kelemahannya.
  6. Beri kebebasan untuk kawan kita berkawan dengan orang lain. Jangan menyekat kebebasan untuk mengenali orang lain, jangan sempitkan dunianya. Hormati hak kawan anda untuk berdamping dengan orang lain.
  7. Jika kawan anda marah. Jangan provokasi kemarahannya. Malah anda patut memberikan sedikit masa dan ruang supaya rakan anda bertenang. Dalam keadaan marah, tiada apa yang akan menjadi positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan