Ahad, 1 Julai 2012

sunyi

hari ini sudah 2 hari aku makan tengahari sorang-sorang dekat pejabat. pada asalnya memang aku ada "partner" seperti biasa bila tibanya waktu lunch tetapi sejak 2 hari nie aku menjadi sangat layu. bila tiba waktu lunch aje, muka aku mesti akan jauh termenung dok fikirkan benda-benda yang sememangnya suka sangat bertenggek dekat minda aku yang agak serabut. buat kerja sorang-sorang sungguh membosankan bagi aku. nak ajak berbual pun tiada teman. " partner" aku itu sedang cuti kerana sibuk membantu menguruskan majlis perkahwinan abangnya yang sulung. kesian aku tengok kawan aku tu, kelam kabut sungguh hendak menguruskan majlis tersebut. kalau aku berada di tempatnya lagilah bertambah kelam kabut. nak tahu kenapa ?? sebab aku juga di kategorikan salah seorang insan yang kelam kabut.. kuikui

lagilah bertambah berserabut bila boss aku kerap nak marah aje. haisshh, haru biru aku dekat pejebat tu. lagi bertambah pening bila boss aku mencampurkan urusan keluarga dalam pekerjaaan. sungguh tidak professional. aku yang mendengar kemarahan yang di lontarkan oleh boss aku .. hanya membatukan diri. aku ambil langkah begitu kerana malas nak mendengar masalah kepincangan yang berlaku dalam keluarga boss aku itu. yang mampu aku katakan kepada boss aku ialah " sabar. semuanya ujian Allah pada boss sekeluarga". 

aku berdoa agar ujian yang Allah berikan kepada keluarga boss aku itu akan di permudahkan olehNya. InsyaAllah. 

p/s: dear my friend bila nak makan sama-sama bila waktu lunch tiba. rindu nak makan sama-sama dengan kamu. lagilah bertambah rindu bila tidak mendengar awak pot-pet.. pot-pet dekat telinga saya nie. hehehe.. kenyit mata sikit. @_@

2 ulasan: