Jumaat, 2 September 2011

Syukur alhamdulillah..

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA! 


maaflah lambat beri ucapan pulak, hehehe..
alhamdulillah, nampaknya hari merupakan 3 syawal. 
Masih awal lagi jam di handpone aku tetapi abang aku kejutkan aku dengan kejutan lagi..
waaaaaaaa class kau nyahhh! hakzhakzhakz.. hehehe
memanglah aku terkejut tetapi kejutan yang abang aku beri waktu pagi macam nie menyesakkan dada aku dengan serta merta.. huhu
nak tau tak apa kejutan yang aku dapat pagi2 buta tu ? cuba teka..
hah! da tau jwapannya ape ? masih sini aku kongsi sikit.
kejutannya adalahhhhhhh~ " ADIK JOM IKUT ABANG. kITA PERGI ZIARAH KUBUR ARWAH IBU !
nielah kejutan yang abang aku beri kat aku. huhu.. terima kasih abang sebab faham perasaan adik yang rindu sangat nak ziarah kubur arwah ibu. sayang abang lebh lepas nie. mesti wajib tau!! hehehe :)


mesti korang pelik kan?  kebiasaannya orang akan pergi ziarah kubur orang tersayang pabila berakhirnya solat hari raya.. tetapi untuk aku tidak semestinya kerana waktu sebegitu tanah perkuburan sedang sesak yang teramat sangat.. huhu :( 
alang2 abang aku da ajak aku maka dengan lajunya aku beri jawapan kepada abang aku yang aku akan ikut sama dengan kak, abah dan adik bongsu aku untuk pergi ziarahi pusara arwah ibuku.. 
alhamdulillah perjalanan dari taman universiti iaitu dari rumah ke tanah perkuburan kebun teh selamat dan lancar. 


perasaan sayu mula menyelubungi kami sekeluarga disana. tika aku mahu menyiram air di atas pusara ibuku airmata aku tidak dapat ditahan lagi..malah makin laju dan laju..  aku juga dapat melihat di wajah abah aku yang mula menitiskan airmata kerinduaannya terhadap arwah ibuku itu.. ya Allah bertapa lemahnya iman aku ketika itu kerana tidak mampu nak menahan perasaan hiba ketika itu. sungguh sedih yang teramat sangat..


aku juga bersyukur kerana berkesempatan menziarahi tok nek aku yang berada di bukit pasir di kawasan berhampiran dengan batu pahat. 


rasanya hanya disina yang mampu aku kongsikan keran aku da mengantok tahap gaban nie.. huhu
mata pun da macam ala2 panda @_@.. :(



Tiada ulasan:

Catat Ulasan