Ahad, 12 Februari 2012

setiap dugaan itu tersimpan rahsianya yang tersendiri..

Assalamualaikum..


kadang-kadang kita akan cepat berasa mengeluh akan sesuatu perkara kan..
kadang-kadang juga kita akan cepat berasa marah bila sesuatu yang kita lakukan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin..
kadang-kadang juga kita akan berasa geram dengan tindakan yang kita lakukan..
kadang-kadang juga kita akan menangis tanpa sedar.. 
bagaikan mahu menjerit, meraung dan menangis semahu-mahunya.. biar satu dunia tahu akan perasaan yang sedang kita alamai itu..
kadang-kadang juga kita berasa hidup yang kita lalui sekarang macam tidak adil sahaja..


apa yang aku katakan di atas adalah realiti yang sebenar yang pernah aku lalui pada suatu masa ketika dahulu dan sekarang. boleh jadi juga ianya berlaku dalam kehidupan kalian semua. apa yang terjadi pada kehidupan kita adalah ketentuan yang telah tertulis untuk diri kita. ujian dan dugaan yang Allah berikan pada kita juga tidak putus-putus.  hinggakan di suatu masa kita berasa tidak mampu untuk menghadapi ujian, dugaan dan masalah yang diberikan oleh-Nya itu. bagi yang tidak sedar dan tidak mampu untuk menghadapi perkara begitu mereka merasa bagaikan ada satu batu besar yang datang menghempap kepala mereka. benarlah kata perpatah yang kebiasaannya aku mendengar iaitu setiap dugaan, ujian dan masalah yang Allah berikan kepada  kita pasti akan adanya sebuah hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian, dugaan dan masalah yang sedang atau akan kita lalui itu. 


pada masa yang sama juga Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang diuji-Nya itu. ini kerana janji Allah terhadap hambanya seperti kita amatlah benar sekali. begitu jua dengan diriku.. hati aku sering tertanya-tanya mengapa Allah selalu menguji aku. sedangkan Dia amat mengetahui  aku yang juga sebagai hambanya tidak mempunyai kekuatan yang kuat untuk menghadapinya. bukan sekadar itu sahaja, malahan hati aku tertanya-tanya mengapa harus aku yang dipilih untuk menerima dugaan-Nya itu. memang benar diri aku di uji. ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada aku pernah membuatkan aku hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan. kehidupan aku yang agak suram tanpa kata-kata semangat daripada orang tersayang. pertanyaan yang diutarakan oleh hati aku itu tidak pernah aku membiarkan ianya menjadi sepi. malah aku makin begitu berusaha untuk mendapatkan jawapannya hinggakan pertanyaan itu aku turut memberitahu kepada abang iparku yang merangkap abang long aku. 


 abang iparku beranggapan ujian yang Allah berikan kepada aku bukanlah ujian yang biasa-biasa. jauh di sudut hati yang tersembunyi hati aku akui akan kata-kata yang diungkapkan oleh abang iparku itu.bila teringatkan akan dugaan yang pernah aku lalui dahulu hampir menitis air mataku. sungguh terasa perit untuk gagahkan diri untuk kembali ke keadaan seperti sedia kala. ujian yang Allah berikan kepada aku mungkin untuk memberikan sebuah peringatan untuk aku dekat pada-Nya. Insya Allah. aku juga ingin menuju ke jalan-Nya kelak. menurut abang ipar aku lagi, bukan mudah untuk Allah menguji hamba-hambanya dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan di uji oleh-Nya itu. kesimpulan yang dapat aku katakan ialah redha dan ikhlas akan dugaan, ujian dan masalah yang menimpa kita. InsyaAllah hati kita akan menjadi tenang jika kita dapat menerima seseuatu dugaan, ujian dan masalah itu dengan hati yang terbuka. 


alhamdulillah.. kini aku dapat menerima dugaan dan ujian yang Allah takdirkan kepada diriku dengan hati yang terbuka. malah aku juga dapat merasai ketenangan yang luar biasa. yup, ketenangan yang luar biasa yang sukar untuk diungkapakan dan dikongsi.  insyaAllah walau seberat manapun dugaan, ujian dan masalah yang bakal aku alami kelak aku tekad akan menghadapi semua itu semata-mata kerana Allah s.w.t. sesungguhnya dugaan dan ujian yang Engkau tetapkan kepada hambamu tersembunyinya sebuah rahsia yang tersendiri.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan