Sabtu, 2 Jun 2012

panggilan telefon ?

Assalamualaikum w.b.t


salam sabtu aku ucapkan kepada korang yang sudi menjengah di teratak blog aku yang agak usang nie. hehehe.. usang ke ? adalah kot.. kuikui.. masa yang sedia ada tak mengizinkan untuk aku selalu menghadap laptop "my hubby" aku nie.. huhu.. ayat sadis kan ? hahaha.. gelak jap kerana mahu menutup getaran yang enak berirama dalam hati aku. ceitttt!!!! harap jangan percaya ea.. hehehe..


pagi semalam iaitu di mana aku sedang bekerja. tidak di sangka-sangka aku mendapat sebuah panggilan yang nombornya aku tidak kenal langsung. *otak ligat memikirkan akan nombor itu*. 


"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan sha" soal suara yang aku terima panggilannya tadi.
mulut aku segera aje menjawab salam. padahal dalam hati dap dup dap.. takut! huhu
dalam hati tertanya-tanya amboi bukan kemain lagi siap tahu nama panggilan aku lagi. pfffttt!! kang tak semena-mena da mengutuk orang.. huhu. setelah lama berjeda berbual barulah aku tahu siapakah gerangan yang menelefon aku tu.. 


jeng..jeng..jeng..jeng..




dia adalah........




kawan aku ler.. hehehe.. rupa-rupanya kawan aku yang aku kenal daripada kawan sekelas aku semasa di tingkatan lima dahulu. reaksi aku ? mestilah terkejut babon. sebab nombor dia aku terdelete dalam list telefon aku.. kuikui.. tak pasal-pasal dapat sindiran tajam daripada kawan aku tu.. sakit tau telinga aku di kala itu. hati. hajat dia telefon aku sebab nak berjumpa dengan aku. katanya ada benda nak bincang dengan aku. dia punyalah excited nak sangat berjumpa dengan aku. sedangkan aku.. aku ????? aku nervous nak jumpa dia sebenarnya kerana aku langsung tak pernah berjumpa empat mata *termasuk cermin mata, hehe* dengan dia.. huhu. rasa macam kelakar pulak aku nie kan ? tetapi itulah realiti yang perlu aku tempuhi. pffttt! ayat kau sha. taulah budak sastera sejati tapi tak payahlah nak bersastera bagai. :(


keputusan sudah di buat. iaitu aku akan berjumpa dengan dia dalam erti kata proffesinal. ok tak ? hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan