Khamis, 13 Februari 2014

adakah kegelisahan itu..

Assalamualaikum semua. harapanya moga sihat sejahtera selalu. Insyaallah dengan izin-Nya.


Hari berganti hari. Tahun pula makin bertukar. Masa begitu pantas berlalu dan saat semakin laju mara ke depan. Umur makin meningkat. Terkadang terfikir amalan ibadah sudah mencukupikah ? Allahu rabbi.. masih ada lopong-lopongnya. Tidak tahu untuk di kongsikan. Malah sebaik-baiknya hanya Dia saja yang ketahui. 

Bersama kedinginan malam aku menaip catatan ini bersama mendengar lagu Permata yang dicari - DeHeart. 

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Masyaallah, lirik lagu itu sering kali meresap ke hati. Bait-bait liriknya sungguh indah sekali. Sama seperti rentak muziknya yang begitu tenang. 
Kemudian, irama lagu Di atas satu cinta - Indah Dewi Pertiwi di dengari. Begitu meresap ke hati juga. Ya Allah, adakah aku sedang jatuh hati. tetapi pada siapakah ?

 Allah.. Allah.. Allah.. 
buangkanlah perasaan itu andai ianya mampu melalaikan aku sehingga aku melupakan tentang tanggungjawabku pada-MU dan terhadap diriku. 
Ya Allah, andai jodohku tiba, Engkau hadirkanlah tepat pada masanya kerana untuk saat ini aku belum merasa memerlukannya lagi. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam sesebuah ikatan atau perhubungan kerana aku merasakan diri ini belum puas mencari apa yang ingin dicari.
Ya Allah, izikan diri ini mengenal cinta-MU sebelum aku mengenali cinta kepada umat-MU yang bernama ADAM. kerana mencintai-MU adalah indah. Cinta-MU adalah pasti. Malah Nikmat sekali. Ya Allah, pegangkanlah iman dan hatiku agar aku mampu menjaganya dengan sebaik-baiknya selagi aku berpandukan ajaran Al-quran dan Hadis. 
 
Sesekali hati ini berasa gelisah dan gundah tak menentu. bila buat sesuatu kerja macam ada saja yang tak kena. terkadang sampai tak sengaja memalukan diri. argh.. parah sangat sakit begitu. cuma aku banyak sibukkan diri dan buat tak tahu sahaja dengan rasa itu. malas nak sakitkan otak. mungkin itu kata-kata bisikan syaitan sahaja. syaitan kan suka melaliakan manusia. tak gitu ? 

Banyakkan zikrullah merupakan salah satu terapi untuk aku halau rasa gundah dan gelisah itu. tak mahu dua penyakit itu terus makan hati aku. tak bagus untuk hati dan fikiran. ubat selagi mampu. cegah sebelum terlambat.



Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun 

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita

hayati lagu terbaru daripada Hafiz - Jodoh berdua
moga jodoh kita adalah yang terbaik. amin ya rabbal'alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan