Rabu, 12 Mac 2014

Pemergian yang pasti, membawa sesuatu keabadian yang hakiki

Assalamualaikum kepada warga pembaca yang sudi singgah di blog usang ini.

Di kesempatan ini aku merasakan tertarik untuk bercerita tentang seorang pemuda yang baik akhlaknya. Pemuda yang pendiam orangnya. Serba sedikit ketahui tentang latar belakangnya membuatkan hati ini bagaikan terkesan dengan apa yang di miliki oleh pemuda itu. Subahanallah, itulah ayat yang terdetik di hati ketika mana berpeluang ketahui tentangnya. Bertapa hebatnya pemuda syahid itu. Bertapa bertuahnya pemuda itu kerana di pilih oleh Allah s.w.t untuk mati syahid di bumi Turki yang hebat dengan sejarah kebangkitan islam dalam mempertahankan maruah dan akidah islam. Di situ juga lahirnya seorang pahlawan yang berjaya membuka Kota Konstantinopel. Sesungguhnya kepulangannya ke pangkuan Illahi telah membuka banyak mata warga dunia islam untuk menyelongkar sejarah islam. 

Sejarah ? mungkin orang akan mengatakan subjek sejarah itu membosankan. Ya. adakalanya membosankan bila kita tidak mampu menghayati sesebuah sejarah yang dipelajari dengan hati yang terbuka. Amat di akui oleh diri sendiri kerana aku juga merupakan seorang pelajar yang beraliran sastera di sekolah menengah sehinggalah ke peringkat Pra-U . Masih di dalam aliran sejarah. 

Siapakah pemuda yang aku katakan itu ? Beliau adalah arwah ahmad ammar bin ahmad azam. Sejujurnya aku tidak ketahui tentang fenomena ahmad ammar ini. Kekangan masa membataskan aku untuk ketahui lebih lanjut mengenai fenomena tersebut sehinggalah aku sendiri berkesempatan melihat sebuah rancangan yang di siarkan di TV 2 tentang arwah ahmad ammar iaitu Uswatun hasanah 
                             

                                 

Video ehsan dari sumber youtube

Allah.. Allah.. Allah.. tak mampu untuk di katakan tentang pemuda itu. Sungguh luar biasa kehebatannya. Perancangan Allah padanya sangat cantik dan indah aturannya. Menitis juga air mata setelah mengetahui tentang pemuda syahid itu. Selepas melihat rancang itu, hati seakan memanggil-manggil untuk ketahui lebih lanjut tentang kehidupan dan segala sumbangan arwah ammar di sepanjang hayatnya.

 Sekali lagi berpeluang untuk membaca buku Cerita Cinta Ahmad Ammar keluaran Karangkraf yang bekerjasama dengan GPTD. Jujur aku katakan itulah sebuah buku biografi yang indah untuk di baca . Sebuah buku tentang luahan kerinduan seorang ibu yang redha akan pemergiaan satu-satunya anak lelakinya. Seorang sahabat yang kehilangan sahabat yang dirinduinya. Seorang ayah yang berjaya melahirkan anaknya sebagai generasi ummatik selaras dengan syariat islam. Banyak kisah yang di kongsikan oleh teman seperjuangan dan keluarga arwah ammar di dalam buku tersebut. Sebuah buku yang memberikan perasaan yang luar biasa kepada sesiapa yang membacanya. Sangat terkesan di hati. Dari permulaan ceritanya sehinggalah ke pengakhiran mengenai awrah ammar, air mata menitis tanpa sedar. Adakalanya meremang bulu roman bila membaca tentang semangatnya yang bersungguh-sungguh mahu menghabiskan kajianya iaitu Risalah An-Nur karya Imam Badiuzzaman Sayid Nursi


 Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar. 
Dapatkan segera. Rugi kalau tidak membacanya.huhu


Syair Imam Syafie yang merupakan salah satu catatan yang terdapat di dalam buku catatan milik arwah 



Vidoe ehsan dari sumber youtube :- The Memoir of Ahmad Ammar ( 1993-2013 ). Sebuah video yang sangat terkesan di hati . Semoga roh arwah ammar di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t.



Video ehsan dari sumber youtube 

Subahanallah, sebuah video yang hebat pernah aku tonton. Banyak yang di ceritakan oleh ayahanda arwah ammar tentang beliau. Misi dan visi ayahanda arwah tercapai atas izin Allah s.w.t. 

Ahmad ammar..
pemergiaanmu adalah satu kematian yang pasti..
di datangi mimpi berjumpa bidadari, 
memilih jalan jihad ilmu untuk di sebarkan..

Ahmad ammar..
ketika dirimu hidup namamu tidak di kenali..
peninggalanmu membawa seribu erti kepada generasi muda..
untuk bangkit menjadi ummatik yang hebat di masa hadapan..

Ahmad ammar..
siapa pun dirimu, tidak ramai yang ketahui..
semangatmu di sanjung tinggi..
semoga ada generasi bakal mewarisi jejakmu..

Ahmad amaar..
secantik maksud yang tersirat di sebalik namamu..
akhlakmu sangat terpuji..
jiwamu sabar hadapi semuanya..
semoga rohmu di rahmati Illahi..



Bintang syurga nyayian unic feat raqib majid

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
  
Aku tegar 
aku rela
sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang 
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum 
di saat cinta mekarku bercantum
  
Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
  
Kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
  
Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
  
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya


Al-fatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan